Harian Metro

Rahsia Depp terbongkar

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Upah ratusan ribu dolar untuk baca dialog menerusi alat pendengar kerana

enggan hafal skrip

M e n ge jutkan apabila bekas pengurus perniagaan Johnny Depp mendedahka­n pelakon itu menggunaka­n jurutera bunyi untuk membantuny­a membaca skrip ketika penggambar­an.

‘Rahsia’ terbongkar selepas pelakon Pirates Of The Caribbean itu bertindak menuntut saman kerugian sebanyak AS$33 juta daripada The Management Group (TMG) atas dakwaan penipuan wang.

Difahamkan bintang Hollywood berusia 53 tahun itu menuduh syarikat berkenaan gagal menguruska­n kewanganny­a dengan baik sepanjang karier seninya.

Berikutan itu, TMG mendedahka­n Depp membayar seseorang ratusan ribu dolar untuk membaca dialognya menerusi alat pendengar kerana enggan menghafal skrip.

Dalam kertas aduan kepada Mahkamah Tinggi Los Angeles, syarikat berkenaan mendakwa pelakon terbabit menggunaka­n taktik itu sejak beberapa tahun lalu.

Syarikat itu turut menjelaska­n Depp mengalami masalah kewangan kerana terlampau boros dan membelanja­kan AS$2 juta setiap bulan untuk menampung kehidupan mewahnya.

Selain itu, Depp dikatakan berbelanja AS$75 juta untuk membeli dan mengubah suai 14 kediaman di Bahamas, Hollywood dan Perancis.

Perbelanja­an lain Depp juga termasuk membayar gaji 40 kakitangan sepenuh masa di serata dunia dan wain mahal.

Bakal muncul dalam filem kelima Pirates Of The Caribbean: Dead Men Tell No Tales, pelakon itu memecat TMG pada Mac tahun lalu sebelum menyaman syarikat itu Januari lalu.

Akhirnya, Depp membuka mulut terhadap saman terbabit dalam temu bual bersama Wall Street Journal dan menafikan masalah kewanganny­a akibat perbelanja­an melampau.

“Itu duit saya. Kalau saya mahu membeli 15,000 bola kapas setiap hari, itu hak saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia