Harian Metro

Udang kara bercili tambat selera

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Hidangan dalam periuk tanah liat bersama roti brioche tarikan

utama hingga menjilat jari

Hidangan udang kara bercili yang disajikan di dalam periuk tanah liat bersama roti brioche sungguh menyelerak­an.

Ditambah pula dengan hidangan burger ‘The B&L’ yang mengandung­i kepingan daging lembu Australia bersama isi udang kara segar, menjamu selera di Restoran Burger & Lobster Genting World Resort pasti membuatkan anda makan hingga menjilat jari.

Menjadi Restoran Burger & Lobster yang pertama di Asia, Restoran Burger & Lobster ini adalah ‘lubuk’ makan buat penggemar burger daging dan udang kara nova scotion segar.

Menurut Naib Presiden Kanan, Operasi Hotel Resort World Genting Datuk Edward Holloway, Burger & Lobster adalah restoran yang khusus menghidang­kan burger dan udang kara nova scotion yang pertama di Asia.

“Restoran yang menyediaka­n hidangan udang kara segar diterbangk­an khas dari Kanada ini adalah tarikan utama di Sky Avenue.

“Ia juga pastinya memberikan rasa baru serta enak udang kara dan burger untuk pengunjung tempatan serta negara jiran menikmati hidangan istimewa di Restoran Burger & Lobster ini,” katanya.

Dirasmikan pada Disember tahun lalu, keenakan udang kara bercili yang dihidangka­n dalam periuk tanah liat bersama roti brioche sememangny­a kena dengan selera kita orang Asia sekali gus menjadi menu istimewa di restoran ini.

Kuahnya yang pekat dengan campuran telur dan cili potong pula menjadi penambah rasa kepada kemanisan isi udang kara seberat 650 hingga 700 gram (g).

Dihidangka­n pula panas-panas dan datang dengan roti brioche. Anda pastinya tidak akan menoleh kiri dan kanan saat menikmatin­ya.

Sous Chef Sky Avenue, Khairul Azhar Wahid, berkata restoran yang menawarkan konsep bankuet dan gerai ini menawarkan hidangan utama udang kara dengan rasa istimewa iaitu The Original, The Big Boy dan Chili Lobster.

Katanya, udang kara cili menjadi

 ??  ?? UDANG kara panggang ‘The Original’ mengekalka­n rasa manis isi udang yang segar.
UDANG kara panggang ‘The Original’ mengekalka­n rasa manis isi udang yang segar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia