Harian Metro

Laluan ke puncak Gunung Irau

-

Ada hanya ingin bergambar abadi suasana seperti Fangorn Forest dalam filem The Lord of The Rings

Perjalanan yang bermula pada waktu pagi dalam suasana berkabus pada suhu 16 darjah Celsius cukup menyegarka­n.

Walaupun perasaan gusar dan gentar sentiasa bermain di minda kerana laluan yang sedikit ‘menyeram dan menakutkan’ itu, namun dek teruja untuk menikmati suasana persekitar­an, penulis menepis rasa gundah itu.

Sejuk dan lembab seumpama lumut yang hidup di atas tanah di kawasan rumah tetapi tidak dinafikan lumut yang hidup menumpang di keseluruha­n pokok di Hutan Berlumut sangat cantik.

Melepasi tempat meletak kenderaan untuk ke Hutan Berlumut, sebuah titian berkayu (pelantar) dibina sepanjang 150 meter bagi memudahkan mereka yang berkunjung melihat khazanah ‘dunia lumut’ diselengga­rakan Jabatan Hutan Cameron Highlands.

Tujuan utama sudah tentulah untuk pelestaria­n alam, sekali gus memudahkan lebih ramai pengunjung menikmati keindahan Mossy Forest tanpa perlu memijak lumut yang hidup di sekitar trek selain tidak ‘mengotorka­n’ kasut!

Untuk makluman, hutan ini juga menjadi laluan ke puncak Gunung Irau dengan jarak perjalanan sejauh 2.35 kilometer dan berketingg­ian 2,110 meter dari paras laut yang mengambil masa hampir tiga jam pendakian.

Menurut rakan pendaki, Mohd Ridhuan Abu Hassan, trek menuju Gunung Irau tidak terlalu jauh tetapi ‘kegilaan’ untuk bergambar melambatka­n perjalanan apabila masing-masing teruja merakam kenangan.

“Bagaimanap­un, ada dalam kalangan pengunjung hanya datang untuk bergambar sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang kelihatan seperti Fangorn Forest dalam filem The Lord of The Rings,” katanya yang aktif mendaki gunung dan teroka gua sejak lebih tiga tahun lalu.

Selain itu, katanya, Hutan Berlumut juga kerap menjadi pilihan pasangan pengantin mengabadik­an foto perkahwina­n berlatar belakang hutan yang lebih menyerupai dunia fantasi dan misteri.

Bagi penulis, destinasi ini benar-benar pemandanga­n yang luar biasa dan ‘terasa sayang’ untuk meninggalk­annya begitu saja!

Situasi di sekeliling Hutan Berlumut boleh membuatkan pengunjung sentiasa berada dalam keadaan yang segar, bertenaga dan positif walaupun sedikit letih kerana banyak berjalan menelusuri laluan licin dan basah.

Difahamkan Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands mengambil inisiatif memasang papan tanda berwarna merah pada pokok tertentu yang tercatat nombor telefon balai berkenaan, alamat e-mel dan latitud serta longtitud untuk mempermuda­hkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) jika berlaku kecemasan.

Ketua Balainya, Muhammad Haziq Hazmi, berkata langkah keselamata­n menjadi keutamaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Kawasan hutan ini mempunyai liputan rangkaian telefon yang membolehka­n pendaki menghubung­i pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan seperti cedera atau tersesat,” katanya. -Ainal Marhaton Abd Ghani

 ??  ?? LALUAN hutan berakar, tanah lembap dan berlumut
perlu ditempuh pendaki sebelum sampai ke puncak Gunung Brinchang dan Gunung Irau.
LALUAN hutan berakar, tanah lembap dan berlumut perlu ditempuh pendaki sebelum sampai ke puncak Gunung Brinchang dan Gunung Irau.
 ??  ?? PERIUK kera antara tumbuhan
yang menghiasi
Hutan Berlumut.
PERIUK kera antara tumbuhan yang menghiasi Hutan Berlumut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia