Harian Metro

Kabin dengan taman mini

-

Ecotourism ESPEK destinasi sukan lasak tawar penginapan cukup mendamaika­n

Kabin yang lengkap dengan taman mini dan dekorasi ringkas tapi indah di hadapan setiap daripadany­a menjadikan penginapan di ladang kelapa sawit RISDA ini cukup mendamaika­n.

Menyediaka­n 20 kabin, walaupun kelihatan kecil, namun ia cukup selesa dan boleh memuatkan enam orang dalam satu masa dan dilengkapi tandas, pendingin hawa serta kipas.

Bagi yang inginkan kelainan, menikmati malam yang tenang dengan tidur di dalam khemah pasti mengujakan.

Memulakan penerokaan, penulis bersama rakan media yang berkunjung menerusi program Media Tour @Ecotourism ESPEK dibawa menunggang ATV di sekitar Ecotourism ESPEK.

Meneroka hutan dan ladang kelapa sawit sekitar Ecotourism ESPEK kirakira dua jam itu nyata menguji kekuatan mental dan kemahiran mengendali­kan ATV.

Mana tidaknya, nampak saja pengendali­an

ATV itu mudah tetapi saat melalui laluan berbukit dan merentas sungai, ia memberi sedikit kesukaran tetapi tetap menyeronok­kan.

Sesudah perut yang berkeronco­ng diisi hidangan gulai ayam dan burung puyuh goreng serta lauk-pauk kampung yang menyelerak­an, sesi merentas hutan menuju ke Lata Berembun menanti.

Tepat 3 petang, kami dibawa menaiki trem selama kira-kira 20 minit ke lokasi permulaan merentas hutan ke Lata Berembun iaitu di Loji Air Sungai Geliting.

Perjalanan ke Lata Berembun selama kira-kira 45 minit menyajikan kami keindahan alam semula jadi menyegarka­n tapi perlu waspada kerana si pacat yang setia menanti mangsa.

Kami juga merentas sebatang sungai yang airnya deras dengan bantuan tali. Langkah sememangny­a perlu diatur dengan baik kerana batuan sungai yang menjadi tempat pemijak sedikit licin.

Pendakian diteruskan lagi sehingga sampai ke Lata Berembun.

Mengharung­i pelbagai halangan untuk sampai ke Lata Berembun ini ternyata berbaloi dengan apa yang disajikan di depan mata.

Airnya yang deras dan dingin membuatkan ia cukup cantik. Kebersihan dan persekitar­annya juga masih terjaga dan cukup cantik kerana ia jarang dikunjungi orang.

Menghabisk­an masa kira-kira 30 minit mandimanda di Lata Berembun, kami meneruskan perjalanan turun dengan mengikut laluan sama ke Loji Air Sungai Geliting dan menaiki trem kemudian pulang ke Ecotourism ESPEK dengan perasaan yang cukup puas disebabkan pengalaman diperoleh.

Dalam kedinginan malam, hidangan kambing dan ayam panggang dengan sesi karaoke di Akademi ESPEK, tidak jauh dari tempat penginapan kami, nyata pelengkap aktiviti percutian di Ecotourism ESPEK.

Malam berlalu dengan kedamaian dan ketenangan yang cukup mahal.

Pagi kedua, selesai mengunjung­i tiga perkam-

 ??  ?? BILIK kabin yang dilengkapi kemudahan lengkap termasuk taman mini cukup mendamaika­n.
BILIK kabin yang dilengkapi kemudahan lengkap termasuk taman mini cukup mendamaika­n.
 ??  ?? MENUNGGANG ATV di sekitar ladang kelapa sawit dan merentas sungai.
MENUNGGANG ATV di sekitar ladang kelapa sawit dan merentas sungai.
 ??  ?? SUASANA menghijau menanti pengunjung di Ecotourism ESPEK.
SUASANA menghijau menanti pengunjung di Ecotourism ESPEK.
 ??  ?? AIR sungai yang mengalir tenang cukup mendamaika­n.
AIR sungai yang mengalir tenang cukup mendamaika­n.
 ??  ?? SUASANA dalam kabin yang cukup selesa.
SUASANA dalam kabin yang cukup selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia