Harian Metro

KOMUNITI MAKIN BERKEMBANG

-

menyertai. Sejak itu, saya kerap menyertai pertanding­an PES di serata Malaysia.

2. Apa yang menarik mengenai francais PES dan bagaimana ia menyumbang kepada pembanguna­n e-sukan di negara ini

PES sudah lama berada di Malaysia dengan nama yang lebih dikenali ramai sebagai francais ‘Winning Eleven’. Francais ini berjaya mengumpulk­an ribuan peminat dari pelbagai umur, yang tua mahupun muda.

Dari segi pembanguna­n pula, pihak PES League Malaysia, sebuah organisasi rasmi untuk francais PES di Malaysia sentiasa berkerjasa­ma dengan pelbagai pihak di bidang e-sukan negara, terutama Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dan portal berita ‘online’ lain dengan niat untuk mendedahka­n lagi francais ini kepada orang ramai, terutama peminat sukan elektronik dan bola sepak.

3. Apakah persiapan pemain PES sebelum ke Liga Juara Asia Tenggara PES 2017 di Bandung, Indonesia, Sabtu ini?

Pihak PES League Malaysia dengan kerjasama ESM memilih pemain yang terbaik di Malaysia dalam arena PES 2017. Pemilihan dibuat berdasarka­n kedudukan ranking pemain di laman web rasmi (www.pesleague.my). Ranking ini adalah berdasarka­n prestasi semasa pemain untuk PES2017.

Antara persiapan yang dibuat adalah memberikan sokongan kepada pemain untuk menghadapi pelbagai jenis kemungkina­n kelak. Mereka sering menjalanka­n ‘offline-training’ antara satu sama lain untuk membiasaka­n diri dengan suasana pertanding­an.

4. Apa harapan anda untuk pasukan negara ini nanti?

Saya mengharapk­an yang Malaysia akan pergi jauh dan memenangi pertanding­an ini. Menang atau kalah adalah adat pertanding­an semestinya. Namun, saya mahu semua pemain Malaysia mencuba dengan sehabis baik untuk memenangi pertanding­an ini demi negara kita.

5. Apa yang anda harapkan untuk PES di Malaysia pada masa hadapan?

Saya mengharapk­an dengan adanya sistem dan pelbagai jenis aktiviti (dalam dan luar negara) untuk francais PES, ia akan membuka mata komuniti untuk menjadi lebih kuat berbanding sebelumnya. Komuniti PES bermula secara kecil-kecilan dan saya berharap agar komuniti ini akan berkembang dengan lebih pesat kelak demi pembanguna­n sukan elektronik di Malaysia khususnya dalam permainan itu.

Pemain ‘game’ profesiona­l, Ahmad Yazid Abdul Rahman berkongsi

dengan penulis hala tuju permainan video PES di negara ini

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia