Harian Metro

Alat solek ibu jadi mangsa

- DARI MUKA 15

Melihat caranya bekerja, wanita ini seorang yang menepati masa, kreatif dan profesiona­l. Selain dikenali sebagai jurumekap artis, Roza sebenarnya pelukis wanita berbakat. Karyanya kini menjadi tumpuan pengumpul lukisan luar negara, termasuk dari Hong Kong, China.

“Kalau bercerita mengenai seni, minat saya memang cenderung ke arah mekap dan lukisan. Saya mula berjinak-jinak dengan alat solek milik ibu ketika usia tadika. Mungkin kerana ibu juga seorang yang sukakan mekap, jadi alat soleknya memang pelbagai.

“Apabila usia menginjak lapan tahun, saya sudah mula menatarias wajah adik-beradik dan saudara. Alat solek yang dulunya kepunyaan ibu sudah menjadi hak sendiri. Sementara ibu pula terpaksa membeli yang baru dan disorok daripada pengetahua­n saya,” katanya sambil tertawa.

Disebabkan minat yang mendalam, Roza nekad menduduki peperiksaa­n Pendidikan Seni ketika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), walaupun berada dalam aliran Sains Tulen.

“Alhamdulil­lah, walaupun tidak pernah belajar subjek Seni, saya mendapat keputusan cemerlang ketika

SPM. Dari situlah saya mengembang­kan bakat melukis secara serius.

“Bermula dengan Diploma Seni Halus di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak, saya kemudian menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM Shah Alam dan kini memiliki Ijazah Sarjana Seni Halus.

“Dalam tempoh tujuh tahun belajar, saya langsung tidak pernah rasa penat, bosan atau terpaksa. Semuanya bagaikan rutin harian. Terbukti apabila melakukan apa yang kita suka, hidup ini tidak akan pernah rasa

Seawal usia 8 tahun mula

menyolek wajah adik,

saudara

Tidak kira lukisan atau solekan, Roza percaya kedua-duanya harus dibangunka­n seiring

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN karya kebanggaan Roza.
SEBAHAGIAN karya kebanggaan Roza.
 ??  ??
 ??  ?? M ENATARIAS wajah pelanggan.
M ENATARIAS wajah pelanggan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia