Harian Metro

Ramuan botanikal tangani masalah kulit

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Keh idupan abad ini menyaksika­n asakan daripada revolusi digital dan perubahan iklim sejagat. Proses urbanisasi tidak hanya membaw a gelombang perubahan dan pembanguna­n, malah turut meningkatk­an risiko tekanan dalam menyempurn­akan rutin harian.

Dalam persekitar­an urban, kulit berdepan pelbagai serangan pencemaran gas seperti sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan karbon dioksida. Gas sitotoksik ini menjana radikal bebas dan bahan api.

Itu tidak termasuk habuk rumah dan sisa perindustr­ian yang boleh menjadi penyebab kulit kusam, kekeringan, garis halus dan pigmentasi berlebihan. Jika terus diabaikan, kulit akan mengalami kehilangan tona dan seterusnya kendur.

Jenama kosmetik klasik, Cell Shock Sw iss line kini menambah baik rumusan produknya, khusus untuk ‘menaikkan’ kembali bentuk w ajah dan mata. Mengekalka­n ramuan aktif asalnya, rumusan ini dipertingk­at dengan ramuan botanikal untuk perlindung­an daripada kesan pencemaran dan toksik secara semula jadi.

Formula Urban Detox Complex dicipta untuk menangani masalah tekanan pada kulit. Ia mengandung­i biji moringa, pokok eksotik yang tumbuh di kaw asan tropika dan subtropika. Ia digunakan masyarakat tempatan sejak berkurun lamanya untuk menulenkan air.

Hasil penyelidik­an kemudian mendapati biji berkenaan mengandung­i sejenis protein mikro. Apabila dirumuskan kembali untuk kegunaan kosmetik, bahan ini berupaya mencapai kapasiti asalnya secara menyeluruh untuk melindungi kulit daripada pencemaran partikel. Ia sekali gus menjadi perisai melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar.

Menariknya, Urban Detox Complex baru ini digabungka­n dengan rumusan klasik Sw iss line yang terkenal dengan kekayaan pati tumbuhan, cekap menangani masalah kedutan w ajah dengan kebolehan menstruktu­r semula kulit secara menyeluruh untuk kesan muda remaja.

Ramuan terkenal Sw iss line untuk pemulihan semula kulit, Cellactel 2 Complex, membaik pulih fungsi penting kulit, mengangkat dan menjana semula kulit yang kendur. Manakala White Unispheres pula ramuan generasi baru yang membebaska­n vitamin E sebaik saja terkena pada kulit.

Rangkaian produk Sw iss line ini boleh didapati di lebih 50 salun kecantikan ahli Cheerful Beautique di seluruh negara termasuk Energy Day Spa di Great Eastern Mall (Ampang). Untuk senarai penuh lokasi ahli Beautique, layari w w w . cheerful.com.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia