Harian Metro

Beca merah jambu menyusuri jalan

- DARI MUKA 15

Dia adalah seorang daripada 19 w anita yang sudah pun memulakan kerjaya sebagai pemandu beca bermotor di baw ah skim kerajaan dalam usaha memperkasa­kan ekonomi golongan itu.

“Kerjaya ini lebih mudah daripada melakukan kerja di rumah. Sekarang saya boleh mendapatka­n lebih banyak duit untuk masa depan kami sekeluarga,” katanya.

Ibu kepada tiga anak itu mengambil masa dua bulan belajar memandu di sebuah pusat latihan dan sangat teruja dengan kemahiran barunya itu apatah lagi mengenangk­an peluang meraih pendapatan yang lebih baik.

“Dulu nak kayuh basikal pun tidak pandai, tetapi hari ini saya boleh membaw a beca. Sekarang saya rasa lebih berdikari dan seronok,” sambung Chaya yang mengharapk­an dia boleh mendapat 1,000 rupee (RM65) sehari.

Chaya mengakui rasa bertuah terpilih dalam skim baru yang dilancarka­n kerajaan Maharashtr­a apabila lima peratus daripada permit beca di Mumbai dikhaskan untuk w anita.

Kerajaan mengumumka­n pelan itu pada aw al 2016, mengatakan 465 lesen akan diberikan kepada w anita Mumbai dan daerah Thane yang berdekatan bandar itu.

Tidak seperti skim yang diperkenal­kan di New Delhi dan Ranchi, iaitu beca merah jambu yang dipandu oleh w anita hanya mengambil penumpang w anita sebagai langkah keselamata­n, tetapi pemandu beca di Maharashtr­a dibenarkan untuk membaw a penumpang lelaki juga.

Di Thane, perkhidmat­an beca merah jambu ini sudah bermula tahun lalu tetapi Chaya dan rakan sejaw atannya yang diberikan pakaian seragam putih seperti kot makmal, ialah kumpulan pemandu beca w anita perintis di bandar paling padat penduduk di India itu.

“Saya sudah mengajar mereka dari A ke Z mengenai pemanduan beca bermotor. Mereka sudah mahir dan semuanya lulus dalam ujian RTO (Pejabat Pengangkut­an Serantau),” kata jurulatih pemanduan, Sudhir Dhoipode.

Menurut Dhoipode, setakat ini dia sudah mengajar lebih 40 w anita memandu dan cara mengendali­kan kenderaan. Lebih 500 w anita lagi sudah menunjukka­n minat untuk mengikuti kelas memandu itu w alaupun mendapat tentangan daripada sesetengah anggota masyarakat yang kurang percaya pada kebolehan w anita.

“Orang mengejek kami kerana sanggup ‘meninggalk­an’ rumah dan memilih kerjaya sebagai pemandu beca. Namun kami berharap boleh menjadi inspirasi kepada w anita lain untuk tampil dan merebut peluang dalam inisiatif ini,” kata Anita Kardak, yang turut menjadi pemandu beca bermotor.

Di Mumbai, bukan mudah untuk mendapat permit membaw a beca kerana ia sentiasa menjadi rebutan ramai. Mana tidaknya, ia boleh menjadi perniagaan yang besar kerana pemilik beca biasanya menyew akan kenderaan atau meminjamka­nnya kepada orang lain (dengan bayaran tertentu) selepas syif bekerja mereka tamat.

Pegaw ai pengangkut­an berkata, kerajaan mengambil keputusan supaya beca yang dikendalik­an oleh pemandu w anita diberikan w arna berbeza berbanding beca hitam dan kuning bagi mengelakka­n ahli keluarga mereka khususnya lelaki daripada mengambil kesempatan dan memperguna­kan beca berkenaan untuk kepentinga­n sendiri.

Bagaimanap­un sesetengah pihak berasa bimbang dengan keputusan itu yang dilihat boleh mengundang risiko kepada pemandu dan penumpang w anita kerana ia lebih menyerlah. Namun Chaya dan pemandu w anita lain tidak mahu terlalu memikirkan soal itu.

“Saya tidak fikir akan timbul isu keselamata­n kerana kami boleh menjaga diri sendiri. Lagi pun saya rasa seronok dapat memandu beca ini dan bersedia membaw a penumpang ke mana saja di bandar ini,” katanya. - Susunan Norlaila Hamima Jamaluddin

Chaya mulakan

kerjaya di bawah skim kerajaan untuk perkasa ekonomi

wanita

 ??  ?? KERAJAAN M aharashtra benarkan beca merah yang dipandu oleh wanita mengambil penumpang lelaki.
KERAJAAN M aharashtra benarkan beca merah yang dipandu oleh wanita mengambil penumpang lelaki.
 ??  ?? CHAYA gembira dipilih sebagai kumpulan pemandu beca wanita perintis di M umbai.
CHAYA gembira dipilih sebagai kumpulan pemandu beca wanita perintis di M umbai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia