Harian Metro

Yasmin bantu buang bulu roma

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Kaedah pelilinan dipelajari ketika melancong

ke Indonesia dapat sambutan hebat

Masalah bulu roma lebat di tangan, kaki, bawah lengan, muka dan garis bikini sering meragut keyakinan wanita untuk bergaya. Rasa tidak senang, malu, rendah diri selalunya disimpan sendirian hingga membawa kepada tekanan serta kemurungan.

Sekalipun banyak pusat kecantikan dan spa yang menawarkan khidmat membuang bulu roma dengan kaedah lilin, ramai yang tidak sanggup menyerah diri berikutan takut dengan pelbagai risiko termasuk jangkitan, iritasi dan luka di bahagian sulit.

Ada juga spa yang menawarkan kaedah laser tetapi ia bukanlah sesuatu yang murah untuk dilakukan. Kaedah ini memusnahka­n akar rambut menerusi haba laser yang diserap. Proses ini menyebabka­n bulu kekal mati.

Namun tidak kira secanggih mana rawatan ditawarkan di pusat kecantikan, majoriti wanita sebenarnya lebih suka memilih untuk menyelesai­kan masalah memalukan ini dari rumah.

Pendapat sama turut dikongsi pengasas Yasmin Secret Beauty, Yasmin

Banu Mirrah Maidin,

33. Menurut Yasmin, keluargany­a memang mempunyai masalah hormon bulu berlebihan dan ia diwarisi hingga ke anak-anaknya.

“Seawal umur lapan tahun bulu kaki saya sudah tumbuh lebat. Di sekolah, saya terpaksa menahan telinga kerana menjadi bahan ejekan ramai. Jadi, mahu atau tidak, saya terpaksa membeli krim penanggal bulu roma untuk menjaga penampilan di depan rakan.

“Sehinggala­h saya meningkat remaja, rakan kepada ibu yang turut mengalami masalah sama, meninggal akibat kanser payudara. Apabila dirujuk kepada doktor yang merawat, kami diberitahu salah satu punca kansernya merebak disebabkan penggunaan krim penanggal bulu roma dalam jangka panjang,” katanya.

Berikutan bimbang, Yasmin berusaha mempelajar­i pelbagai kaedah dan ramuan selamat untuk menanggalk­an bulu, khususnya yang tumbuh di bahagian wajah dan bawah lengan.

“Kebetulan saya melancong ke Indonesia dan mengunjung­i pusat kecantikan di sana. Mereka tidak kedekut berkongsi rahsia dan petua. Jadi, saya diajar cara menghasilk­an bancuhan lilin untuk menganggal­kan bulu roma dengan kaedah selamat dan berkesan.

“Sebaik saja pulang, saya terus mencuba resipi yang diberi dan hasilnya amat memuaskan hati. Ketika itu, saya hanya memikirkan satu perkara saja - bagaimana bancuhan ini dapat saya komersialk­an untuk membantu lebih ramai wanita senasib saya.

“Tamat saja pengajian di universiti pada 2015, saya nekad mengusahak­an produk ini dari rumah. Saya hanya bermula dengan jumlah minimum dan menjualnya secara dalam talian pada 2016,” katanya.

MEMBERSIH, MERAWAT

Ternyata masalah bulu roma memang menjadi kebimbanga­n ramai wanita di negara ini. Walaupun pada awalnya Yasmin hanya menyasarka­n penggunaan produk untuk kegunaan spa, Yasmin’s Secret Wax mencipta fenomena tersendiri dalam kalangan wanita sehingga ke luar negara.

“Ramai yang mula bertanya mengenai kaedah membuang bulu roma menggunaka­n kaedah pelilinan (waxing) yang saya hasilkan. Malah ratusan testimoni dikirim pengguna yang berpuas hati.

“Jika dulu, ramai yang membantutk­an hasrat untuk ke salun untuk membuang bulu roma kerana takut sakit. Malah majoriti wanita juga enggan membincang­kan perihal bulu roma kerana ada yang menganggap pelilinan hanya membuang bulu roma di bahagian alat sulit.

“Namun, selepas mencuba produk yang saya hasilkan, ramai mula sedar sebenarnya skop proses pelilinan itu amat luas. Ia merangkumi keseluruha­n tubuh yang berdepan masalah bulu roma lebat hingga mendatangk­an rasa tidak selesa pada diri

 ??  ?? TARIK melawan
arah bulu .
TARIK melawan arah bulu .
 ??  ?? LEKAPKAN kain sehingga kemas.
LEKAPKAN kain sehingga kemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia