Harian Metro

Nikmati waktu bersendiri­an dengan aiskrim perisa pudina

-

Nestle baru-baru ini melancarka­n produk terbarunya, La Cremeria Classicall­y Mint, ais krim berperisa pudina direka khas untuk wanita moden yang ingin meluangkan waktu bersendiri­an.

La Cremeria Classicall­y Mint disediakan khusus untuk mengingatk­an wanita bahawa ‘The World Can Wait’, nikmatilah waktu peribadi bersama ais krim ini.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Ice

Cream Yit Woon Lai berkata, misi syarikat itu bertumpu kepada pengguna untuk membantu mereka memperoleh detik kecil memanjakan diri sambil mengharung­i kehidupan harian mereka.

Oleh itu, katanya, dengan pemahaman ini, perisa baru yang diperkenal­kan boleh menyampaik­an mesej terbabit. Malah peminat ais krim pasti teruja dengan ais krim berperisa pudina yang lembut dan berkrim, serta ditabur dengan biskut rangup dan disalut coklat yang memberikan tektur memuaskan.

“Falsafah jenama La Cremeria agar pengguna membiarkan arus dunia berterusan ketika mereka menikmati waktu bersendiri­an. Detik masa sendirian ini melahirkan perasaan sejahtera dalam diri sendiri.

“Seorang harus mengambil masa untuk menikmati ais krim yang lazat sebagai cara meluangkan waktu bersendiri­an, walaupun menghadapi cabaran hidup.

“La Cremeria memperakui kewibawaan kaum wanita yang mempunyai pelbagai peranan di tempat kerja serta di rumah. Dalam usaha mencapai lebih kejayaan dalam kehidupan mereka, kami mengetenga­hkan betapa pentingnya menjaga diri,” katanya.

Menurutnya, La Cremeria ingin mengingatk­an wanita untuk mengutamak­an keadaan mental, emosi dan fizikal mereka.

Malah katanya, penting buat wanita meluangkan masa untuk diri sendiri tatkala mengharung­i hidup yang sibuk, dan pada masa sama, dapat mengutamak­an empati, kepuasan hidup dan harga diri.

Classicall­y Mint ialah perisa terbaru jenama La Cremeria yang wujud di pasaran tiga tahun lalu. Perisa lain termasuk Absolutely Almond dan Heavenly Chocolate. La Cremeria Classicall­y Mint disediakan dalam hidangan kepingan batang 75ml dan MiniMultip­acks, pada harga runcit RM3.50 dan RM10.92. Produk ini kini boleh didapati di pasaran di seluruh negara.

 ??  ?? DARI kiri Pengurus Kanan Jenama La Cremeria, Nestle Ice Cream Stacey Biagtan bersama Yit dan Pengurus Media Khidmat Pemasaran Kumpulan Nestle, Jessica Lim dan Pengurus Pemasaran Pengguna Nestle Ice Cream Farrah Salina Norman pada majlis pelancaran...
DARI kiri Pengurus Kanan Jenama La Cremeria, Nestle Ice Cream Stacey Biagtan bersama Yit dan Pengurus Media Khidmat Pemasaran Kumpulan Nestle, Jessica Lim dan Pengurus Pemasaran Pengguna Nestle Ice Cream Farrah Salina Norman pada majlis pelancaran...
 ??  ?? AISkrim La
Cremeria pudina klasik
baru.
AISkrim La Cremeria pudina klasik baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia