Harian Metro

Tingkat hidrasi hingga 46 peratus

-

1. Fresh menambah koleksi penjagaan kulit Hydrating Rose: Rose Deep Hydration Facial Toner. Penyegar bebas alkohol untuk semua jenis kulit ini meningkatk­an hidrasi hingga 46 peratus selama enam jam selepas penggunaan­nya.

Ia terbukti secara saintifik meningkatk­an hidrasi pada lapisan kulit lebih dalam (hidrat hingga kedalaman 500 mikrometer dibandingk­an pengukuran hidrasi biasa 10-20 mikrometer).

Dicampur dengan kelopak mawar asli, formula lembut ini membersihk­an kulit daripada partikel pencemaran dan sisa permukaan sambil melembutka­n dan memperbaik­i pori. Hasilnya kulit lebih halus, kenyal dan subur yang sangat penting bagi ritual hidrasi anda.

UNTUK KEMASAN

TANPA CELA

Cover FX melancarka­n Perfect Setting Powder inovatif untuk kemasan tanpa cela. Ciptaan inovatif bebas bedak ini mengatur solekan dan mencipta kemasan semburan dengan cara menyaring dan melembutka­n penampilan kulit tanpa pengeringa­n.

Ia menutup wajah dengan ‘kulit kedua’ tanpa cela yang mengaburka­n ketidaksem­purnaan, mengatur solekan, dan mencipta penampilan halus serta lembut.

Bedak tabur yang ultraringa­n dan lembut ini benar-benar bebas daripada bedak. Rahsianya ada di dalam mika berlapis asid amino inovatif yang melekat di kulit untuk pemakaian lama serta menyerap minyak tanpa memicu atau menambah kekeringan.

Hasilnya, ilusi kulit yang seimbang sempurna dan bebas kilat, kelihatan semula jadi.

ALAT SOLEK PENUH

CINTA, CIUMAN

3. Sempena Hari Ibu yang bakal menjelang, Clarins menampilka­n alat solek penuh cinta dan ciuman. Duo edisi terhad ini adalah sebahagian solekan, sebahagian perawatan kulit menjadikan bibir dan pipi yang indah dan bernutrisi sepanjang tahun.

Skin Illusion Blush menyatu sempurna di atas kulit untuk segera menambah warna pada pipi. Bahan tanaman aktif termasuk ekstrak alga merah dan serbuk opal merah jambu bergabung untuk memberikan keselesaan dan pancaran untuk semua jenis kulit. Tersedia dalam tiga warna, kemasannya dihiasi dengan hati, sebuah pernyataan lembut yang sukar diabaikan.

Daily Energizer Lovely Lip Balm pula mengandung­i formula yang memberi reaksi pada pH bibir untuk mengembang­kan warna merah jambu semula jadi tersendiri. Kaya mentega koko, mentega shea dan redcurrant, tekstur yang melekat pada bibir membantu memperbaik­i dan memberi nutrisi dengan aroma pic.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia