Harian Metro

Kembalikan semula keanjalan tubuh

-

Tanyalah mana-mana wanita, siapa yang tidak mahu cantik dan sihat apatah lagi pada usia yang semakin meningkat. Peningkata­n usia mengubah keadaan dalaman dan luaran badan.

Tubuh dan kulit yang sihat bermula daripada penjagaan kesihatan dalaman. Individu yang sihat dan mendapat cukup zat akan kelihatan lebih berseri. Tahap keyakinan individu terjejas apabila mengalami masalah kesihatan dalaman dan ini juga boleh menjadi punca terjejasny­a keintiman sesama pasangan.

Bagi membantu proses menjaga kesihatan dalaman, Imperia Asia tampil dengan jus Titanium Ladyxara yang dirumus menggunaka­n bahan semula jadi iaitu kurma, kolagen dan tembikai susu sebagai suplemen.

Setiap peringkat dalam proses penghasila­n jus ini diberi perhatian teliti dengan memastikan hanya bahan berkualiti digunakan supaya pengguna mendapat kebaikanny­a.

Kurma yang menjadi bahan utama jus ini membantu menyingkir­kan toksin daripada tubuh yang secara tidak langsung akan menyihatka­n badan.

Rasa gandingan kurma dan tembikai susu yang enak memudahkan ia diambil setiap hari. Pengambila­n konsisten membantu mengembali­kan semula keanjalan tubuh wanita.

Jus dengan rasa istimewa ini sudah memasuki pasaran antarabang­sa seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Vietnam dan Filipina. Kini, Imperia

Asia giat merancang untuk membawa empat jus istimewany­a iaitu Titanium Ladyxara, Platinum Ladyxara, Vaxsynus Mixberry dan Ener-G Plus menemui pengguna di China dan Somalia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Facebook @titaniumla­dyxara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia