Harian Metro

Tragedi cemas ziarah ibu

-

Kuala Pilah: Hasrat seorang wanita mahu menziarahi ibunya bukan sahaja tidak kesampaian, malah dia dan rakan hampir lemas selepas kereta dinaiki mereka dihanyutka­n arus sebelum diselamatk­an anggota bomba di Kampung Sawah Liat, Ulu Bendul, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi, Rosmah Baharin, 37, memandu kereta Nissan Sentra dengan ditemani rakannya, Sofiyyah Siswadi, 43, dalam perjalanan dari Port Dickson ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) berikutan ibunya tenat.

Menurut Sofiyyah, disebabkan terlalu mengantuk, dia menyuruh Rosmah memandu kereta miliknya ke hospital berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, kami lihat air mula melimpah atas jalan menyebabka­n Rosmah memberhent­ikan kereta. Kami lihat air naik dengan cepat.

“Secara tiba-tiba, kereta kami dibawa arus dan berpusing beberapa kali membuatkan saya panik lalu membuka tingkap dan menjerit meminta tolong. Ketika itu saya hanya mampu beristighf­ar dan menjerit sekuat hati,” katanya ketika ditemui di HTAN, di sini.

Sofiyyah berkata, kedua-duanya terhutang nyawa dengan dua anggota bomba iaitu Mohd Jepliey Ambasing, 23, dan Wan Hazizi Abd Halim, 33, kerana menyelamat­kan mereka daripada lemas.

“Kereta kami dibawa arus sejauh 50 meter sebelum masuk ke dalam parit sedalam lima meter. Kami tenggelam dan dalam fikiran ketika itu seperti sudah tiada harapan untuk hidup dan teringat empat anak. Bagaimanap­un, dua anggota bomba terjun dan menyelamat­kan kami.

“Anggota terbabit menarik saya keluar melalui tingkap. Dia meletakkan saya pada pokok dan memasang tali untuk membolehka­n saya naik ke jalan,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Katanya, dia berbangga dengan kecekapan anggota bomba yang sanggup bertarung nyawa demi menyelamat­kannya dan rakan daripada lemas.

“Andainya tiada sesiapa ketika itu, mungkin saya dan rakan sudah lemas. Saya bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk saya hidup dengan menghantar mereka menjadi penyelamat,” katanya.

Namun, katanya, dia bersimpati dengan Rosmah kerana tidak sempat berjumpa ibunya yang disahkan meninggal dunia jam 5 pagi semalam.

Andainya tiada sesiapa ketika itu, mungkin saya dan rakan sudah lemas

Sofiyyah Siswadi

 ??  ?? KEADAAN banjir di Kampung Sawah Liat, Ulu Bendul.
KEADAAN banjir di Kampung Sawah Liat, Ulu Bendul.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia