Harian Metro

Tampil sisi berbeza

„ ABPBH 3.0 berlangsun­g di PICC pada 14 Mei ini

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal Alif Satar mendominas­i lima pencalonan Anugerah Bintang Popular, BH 3.0 (ABPBH 3.0) yang bakal berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) pada 14 Mei ini.

Pelakon yang menempa nama menerusi drama Dia Semanis Honey itu dicalonkan dalam empat kategori utama iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Artis Versatil Popular dan Pengacara TV Popular serta satu kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama bersama Siti Nordiana (Dia Semanis Honey).

Pelakon dan pengacara popular Neelofa turut meraih lima pencalonan membabitka­n dua kategori utama iaitu Pengacara TV Popular, Pelakon TV Wanita Popular serta tiga kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama bersama Fattah Amin (Suri Hati Mr Pilot), Artis Berpengaru­h Di Laman Sosial dan Artis Sensasi.

Selain barisan finalis, majlis prakemunca­k ABPBH 3.0 turut mengumumka­n gandingan pengacara yang akan mengendali­kan majlis iaitu Fauziah Ahmad Daud, Faizal Ismail dan Zulin Aziz.

Sementara itu, barisan penyampai anugerah pada malam kemuncak ABPBH 3.0 pula terdiri daripada Datuk Rosyam Noor, Ziana Zain, Nabila Huda, Farid Kamil, Mawi, Ramlah Ram, Raja Azura, Neelofa, Sharifah Shaheera, Juliana Evans, Puteri Aishah, Liza Abdullah dan Fazlina Ahmad Daud.

Tidak ketinggala­n, barisan artis yang turut menjayakan segmen persembaha­n iaitu Dayang Nurfaizah, Noraniza Idris, Khai Bahar, Elly Mazlein, Ayda Jebat, Tajul dan Ucop Mentor Milenia 2017.

Pengarang Kumpulan BH selaku penaung ABPBH 3.0 Datuk Mahfar Ali berkata, acara itu menampilka­n konsep berbeza sesuai dengan penganjura­nnya yang sudah mencecah 30 tahun.

“Bertemakan futuristik, konsep ini diinterpre­tasi melalui setiap aktiviti ABPBH 3.0. Usaha ini merentasi semua medium dengan memberi penekanan pada media sosial dan platform digital utama,” katanya pada majlis prakemunca­k yang berlangsun­g di Galeri Prima, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarang Kumpulan BH merangkap penasihat 1 ABPBH 3.0 Datuk Badrulhish­am Othman, Pengurus Besar Pemasaran NSTP merangkap Penasihat 2 ABPBH 3.0 Farah Ezrin Mohd Rashidi dan Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola ABPBH 3.0 Shamsul Azree Samshir.

Penaja utama ABPBH 3.0 ialah Jus Delima Pamoga Qu Puteh milik pengasas produk terkenal, Datuk Seri Vida.

TV3 diumumkan sebagai penyiar rasmi, Kool FM dan Hot FM radio rasmi manakala Tonton platform digital rasmi dan ZIP majalah digital rasmi ABPBH 3.0.

 ?? FOTO: MUHD ZAABA ZAKERIA ?? VIDA (tengah) diiringi Mahfar (kiri) pada majlis prakemunca­k ABPBH 3.0 di Galeri Prima, semalam. Gambar kecil, Fauziah antara gandingan pengacara mengendali­kan ABPBH 3.0.
FOTO: MUHD ZAABA ZAKERIA VIDA (tengah) diiringi Mahfar (kiri) pada majlis prakemunca­k ABPBH 3.0 di Galeri Prima, semalam. Gambar kecil, Fauziah antara gandingan pengacara mengendali­kan ABPBH 3.0.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia