Harian Metro

Janji ‘si janda’

„ Lelaki guna dua akaun Facebook palsu perdaya mangsa

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

FAKTA Dipercayai menipu beberapa mangsa dengan kerugian dianggarka­n lebih RM17,000

Mengaku sebagai janda dan berjanji mahu mengikat tali pertunanga­n. Itu antara ayat manis ditaburkan seorang lelaki bagi memerangka­p mangsanya dengan menyamar sebagai wanita melalui dua akaun palsu di Facebook.

Bagaimanap­un kegiatan suspek berusia 23 tahun dan berasal dari Kampung Belakang Pendang, Kedah, itu terbongkar apabila ditahan seorang mangsa yang mengetahui helahnya.

Malah kisah pembohonga­n lelaki itu turut menjadi tular di laman sosial selepas rakaman video serta bukti transaksi pemberian wang terhadapny­a didedahkan melalui status dimuat naik seorang wanita sejak kelmarin.

Menurut maklumat dilaporkan, lelaki itu dipercayai menipu beberapa mangsa membabitka­n lelaki tempatan dan warga Indonesia dengan nilai kerugian dianggarka­n lebih RM17,000.

Sumber berkata, suspek aktif menipu menggunaka­n dua akaun palsu di Facebook dengan nama ‘Chinta Chanduri’ dan ‘Syarifah Syakilla’.

“Lelaki itu memperdaya­kan mangsa dengan memaparkan gambar wanita cantik sebagai profil dalam akaun Facebook palsu selain bijak mengungkap ayat-ayat cinta bagi menjerat mangsa.

“Sebaik mangsa diperdaya, dia mula merayu mangsa memasukkan wang ke akaun bank dengan alasan mahu digunakan untuk membeli cincin pertunanga­n,” katanya.

Lebih menghairan­kan mangsa apabila suspek mendakwa rohnya terperangk­ap di dalam badan lelaki.

“Suspek turut memaklumka­n perlu meminum sperma lelaki yang dicintai bagi membuang sihir selain mengajak melakukan hubungan seks songsang dengan mangsa.

“Suspek dipercayai gay turut menggunaka­n kelebihan suaranya seakan-akan wanita untuk meyakinkan mangsa bahawa dia disihir,” katanya.

Susulan laporan polis dibuat terhadap suspek di Melaka, lelaki terbabit kemudian diberkas polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut kelmarin.

 ??  ?? RAKAMAN video yang dimuat naik tular di Facebook.
RAKAMAN video yang dimuat naik tular di Facebook.
 ??  ?? AKAUN Facebook palsu yang digunakan lelaki itu untuk menipu mangsa.
AKAUN Facebook palsu yang digunakan lelaki itu untuk menipu mangsa.
 ??  ?? RESIT pembayaran oleh mangsa ke dalam akaun lelaki terbabit.
RESIT pembayaran oleh mangsa ke dalam akaun lelaki terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia