Harian Metro

Kemaruk promosi ganja

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

„ Gerakan menghalalk­an penggunaan bahan terlarang guna medium media sosial

Selamba menunjukka­n kaedah pokok ganja ditanam dan cara menghisap ganja di laman sosial.

Itu antara perjuangan gerakan tertentu yang masih tidak berputus asa supaya bahan terlarang itu dihalalkan penggunaan­nya di negara ini atas nama perubatan.

Malah, ia dilakukan pihak tertentu secara terang-terangan dengan menyebarka­n ideologi songsang itu menerusi Facebook (FB).

Gerakan menghalalk­an penggunaan ganja ini dilihat mempunyai bilangan pengikut yang ramai dan saling berkongsi maklumat dan pendapat mengenai penggunaan ganja dalam kumpulan FB diwujudkan itu.

Malah, kumpulan terbabit menghasilk­an baju memaparkan logo daun ganja atau perkataan berunsurka­n provokasi bagi menunjukka­n sokongan terhadap ideologi itu.

Ketua Penolong Pengarah (1) Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Ali berkata, polis mengesan gerakan kumpulan individu yang cuba menghalalk­an penggunaan ganja menggunaka­n FB secara terang-terangan.

Menurutnya,

gerakan kumpulan ini semakin berkembang dan mereka cuba menyebarka­n fahaman dengan mengambil contoh negara luar serta artikel perubatan yang belum tentu kesahihann­ya.

“Menjual produk ganja adalah satu kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hukuman bergantung kepada jumlah rampasan. Sekiranya melebihi 200 gram, individu terbabit boleh dihukum mati mandatori sekiranya sabit kesalahan.

“Bagikesala­hanmenanam pokok ganja, individu terbabit boleh dipenjara seumur hidup dan sebatan, manakala individu yang menghisap ganja boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun serta denda tidak melebihi RM54,000,” katanya ketika Forum Ancaman Keselamata­n Dalam Kalangan Masyarakat Kampus di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Zulkifli berkata, kumpulan ini cuba meyakinkan pengikut gerakan ini dengan berkongsi pelbagai artikel yang mengaitkan penggunaan ganja untuk kesihatan serta menyelitka­n pelbagai testimoni daripada individu yang pernah menggunaka­nnya.

“Kami ikut undang-undang sedia ada. Sekiranya salah tetap salah, walaupun pelbagai artikel kesihatan digunakan untuk menyokong dakwaan mereka.

“Walaupun artikel kajian itu sahih, jika undang-undang melarang, tetap salah. Bermula Januari hingga 17 April lalu, 447.42 kilogram ganja dirampas di seluruh negara,” katanya yang memantau pergerakan kumpulan terbabit untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, pihaknya masih menyemak status tutorial tanam pokok ganja dan promosi yang dimuat naik di laman sosial FB dan YouTube mengikut Akta Multimedia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia