Harian Metro

Hari malang abang

-

„ Pelajar maut dihempap dahan pokok ketika dalam perjalanan ke sekolah

“Malam tadi (kelmarin) saya menyapa abang kerana lambat balik dan dia hanya jawab ‘memanglah’. Selepas itu dia terus ambil tilam dan tidur,” kata Nur Najihah Mohd Khir, 15, adik Muhammad Nordanial, 17, yang maut dalam kemalangan di Jalan Kandang-Ayer Molek, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi, pelajar Sekolah Sukan Negeri Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota terbabit maut selepas motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang ditimpa dahan pokok hiasan yang patah.

Nur Najihah berkata, Nordanial yang juga anak sulung daripada empat beradik adalah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan hubunganny­a amat rapat dengan arwah.

“Hari ini (semalam) seperti pagi lain, dia (arwah) paling awal mandi dan bersiap ke sekolah, tapi rupa-rupanya kali ini dia bersiap untuk meninggalk­an kami selama-lamanya.

“Dia (Nordanial) kerap menasihati saya dan selalu meluangkan masa berborak termasuk berkongsi masalah. Dia abang yang selalu bantu selesaikan kerja sekolah saya,” katanya di Jabatan Forensik Hospital Melaka, di sini.

Perbualan wartawan dengan gadis itu bagaimanap­un tiba-tiba terhenti apabila nada suara Nur Najihah bertukar sebak dan tidak mampu membendung air mata mengenangk­an kehilangan abang kesayangan­nya, malah ibunya Suzana Muhammad, 40, juga tidak henti-henti menangis ketika diziarahi sanak-saudara serta kenalan.

Sementara itu, bapa arwah Mohd Khir Ghazali, 48, berkata, dia jarang berpeluang bercakap dengan Nordanial sepanjang minggu ini berikutan anaknya mewakili Melaka pada perlawanan hoki di Kuala Lumpur.

“Semalam (kelmarin), dia pulang lewat dan saya pula tidur awal manakala pagi ini (semalam) kami tidak sempat bertemu. Dia anak baik dan tidak pernah menimbulka­n masalah,” katanya yang kelihatan sugul.

Katanya, Nordanial pandai membawa diri, malah tidak suka menyusahka­n ibu bapa dan merancang berniaga di bazar Ramadan, bulan depan untuk mencari wang saku.

“Setiap tahun dia berniaga di bazar Ramadan manakala pada hujung minggu arwah bekerja sambilan dengan pengusaha katering pada majlis perkahwina­n dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, motosikal ditunggang Nordanial itu baru dibeli bulan lalu bagi memudahkan arwah berulang-alik ke sekolah kerana tidak mahu anak lelakinya itu tinggal di asrama.

Jenazah Allahyarha­m dikebumika­n di tanah perkuburan Islam Kampung Sri Kesang, Jasin selepas proses bedah siasat selesai.

 ??  ?? ANGGOTA polis trafik memeriksa beg sekolah Muhammad Nordanial (gambar kecil) yang maut akibat ditimpa dahan pokok, pagi semalam.
ANGGOTA polis trafik memeriksa beg sekolah Muhammad Nordanial (gambar kecil) yang maut akibat ditimpa dahan pokok, pagi semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia