Harian Metro

Mahu berhenti kerja

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

„ Kelasi cerita keadaan ketika ketiadaan makanan

“Saya tumpang tidur di rumah rakan kelasi yang juga jurutera kapal sebelum kembali ke kapal jam 8 pagi tadi (semalam), saya tidak melaporkan kepada mana-mana agensi kerana mendapat maklumat makanan sudah sampai.

“Saya memang ingin sign off (berhenti) namun company (syarikat) kata perlu tunggu hujung bulan, jadi saya teruskan kerja,” kata kelasi kapal, Mohamad Iqbal Tariq Zainal, 21.

Harian Metro semalam menyiarkan mengenai nasib 10 kru kapal termasuk Mohamad Iqbal yang juga satu-satunya rakyat Malaysia di atas kapal tangki minyak yang berlapar sejak Ahad lalu berikutan bekalan makanan tidak sampai.

Difahamkan, bekalan makanan mula berkuranga­n sejak 28 April lalu sebelum habis sepenuhnya pada Ahad lalu menyebabka­n semua mereka yang berada di atas kapal berkenaan di perairan Singapura hanya makan tepung sagu dibancuh garam.

Mohamad Iqbal bersama jurutera ketiga yang juga warga Indonesia keluar dari kapal berkenaan dan membayar bot servis menggunaka­n wang dikumpul sesama kru kapal untuk ke Jeti West Coast bagi mendapatka­n bantuan.

Menceritak­an kembali apa yang dilakukann­ya sebaik sampai ke Jeti West Coast, Mohamad Iqbal berkata, dia bersama dengan jurutera berkenaan ke sebuah restoran makanan segera untuk makan dan menggunaka­n WiFi bagi membolehka­nnya berkomunik­asi.

Katanya, dia pada mulanya ingin melaporkan perkara itu kepada pihak berwajib sebelum menerima maklumat makanan dihantar ke kapal itu.

“Kami tak tahu hala tuju masa itu dan rakan kru (jurutera ketiga) bertemu rakannya sebelum kami kembali semula ke kapal.

“Saya terfikir bukan tugas saya sebagai kelasi membuat aduan ini kerana ia tanggungja­wab kapten, bagi saya hanya makanan membolehka­n saya kerja,” katanya melalui aplikasi WhatsApp.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia