Harian Metro

Cip khas kesan lokasi jemaah

-

Teknologi cip khas yang dapat mengesan lokasi jemaah ketika menunaikan ibadat haji di Tanah Suci akan diuji penggunaan­nya pada musim haji tahun ini, kata Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, di peringkat awal, cip itu akan dipasang pada lencana pengenalan diri 480 jemaah.

“Ini projek perintis untuk kita menguji keberkesan­an penggunaan­nya pada tahun ini. Melalui teknologi itu, kita akan dapat mengesan mereka sekiranya berlaku kecemasan,” katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Program Sijil Pembimbing Ibadat Haji, di sini, semalam.

Majlis penutupan itu disempurna­kan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) Universiti Sains Islam Malaysia Prof Datuk Dr Zulkiple Abd Ghani.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemantauan menggunaka­n cip itu akan dikendalik­an 15 kakitangan teknologi maklumat (IT) daripada Theta Edge Bhd, anak syarikat TH.

Syed Saleh berkata sejak lima tahun lalu, penggunaan teknologi banyak dibangunka­n oleh TH, misalnya dari segi keselamata­n dan pengiraan jumlah jemaah haji lebih tepat yang diperkenal­kan tahun lalu.

Sementara itu, beliau berkata TH akan menambah jumlah petugas iaitu 630 orang berbanding 600 sebelum ini bagi memenuhi keperluan jemaah yang lebih ramai.

Katanya, kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah kepada 30,200 orang berbanding 27,900 orang sebelumnya.

“Oleh itu, beberapa perancanga­n lain turut dibuat untuk berdepan peningkata­n jumlah jemaah, seperti menyediaka­n bangunan

„ Lencana pengenalan diri diuji musim haji tahun ini

penginapan di Makkah dan Madinah, pesawat dan pembimbing jemaah,” katanya. - BERNAMA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia