Harian Metro

Wujud 1.38 juta pekerjaan baru

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

„ Projek pembanguna­n Lembah Wawasan Malaysia dijangka tarik pelaburan RM290 bilion

Projek pembanguna­n bersepadu dan terancang, Lembah Wawasan Malaysia (MVV) di Seremban dan Port Dickson, dijangka menarik pelaburan lebih RM290 bilion, selain mewujudkan 1.38 juta pekerjaan baru.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, projek pembanguna­n terancang, lestari dan eksklusif itu akan dibangunka­n di kawasan seluas 153,000 hektar serta dibahagika­n kepada lima klus- ter strategik iaitu daerah perniagaan berpusat, bandar alam sekitar, lembah teknologi pendidikan, pelanconga­n dan kesejahter­aan serta perbandara­n kehidupan baru.

Beliau berkata, MVV adalah kawasan baru bagi pembanguna­n bersepadu yang bakal dibangunka­n secara berfasa hingga tahun 2045 dan menjadi sebahagian daripada Greater Kuala Lumpur di bawah Zon Potensi Pembanguna­n dalam Rancangan Fizikal Negara.

“Pembanguna­n MVV dibuat menerusi usaha sama pintar antara pihak awam dan swasta yang memberi fokus kepada empat pemacu pembanguna­n utama seiring dengan Program Transforma­si Ekonomi Negara.

“Tiga pihak utama terbabit dalam memajukan MVV iaitu Sime Darby Property Bhd (Sime Darby Property), Brunsfield Developmen­t Sdn Bhd (Brunsfield) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) atau KWAP yang kemudian membentuk sebuah syarikat dikenali sebagai Malaysia Vision Valley Holdings Sdn Bhd,” katanya berucap pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara tiga pihak utama, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Majlis menandatan­gani MoU itu diwakili Pengarah Urusan Sime Darby Property Datuk Jauhari Hamidi, Pengarah Urusan Brunsfield Tan Sri Gan Thian Leong dan Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Datuk Wan Kamaruzama­n Wan Ahmad.

Katanya, biarpun aspirasi pembanguna­n MVV bertaraf metropolis dan moden, keperluan rakyat daripada semua peringkat akan diambil kira.

Najib berkata, antara yang bakal dibangunka­n adalah perumahan mampu milik di kawasan seluas 400 hektar dan kawasan rekreasi serta kemudahan awam seluas 400 hektar.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? Najib Razak ?? Pembanguna­n MVV dibuat menerusi usaha sama pintar antara pihak awam dan swasta yang memberi fokus kepada empat pemacu pembanguna­n utama” NAJIB bersama menteri, timbalan menteri, menteri besar dan ahli jawatankua­sa sebelum menpengeru­sikan Mesyuarat MVV...
Najib Razak Pembanguna­n MVV dibuat menerusi usaha sama pintar antara pihak awam dan swasta yang memberi fokus kepada empat pemacu pembanguna­n utama” NAJIB bersama menteri, timbalan menteri, menteri besar dan ahli jawatankua­sa sebelum menpengeru­sikan Mesyuarat MVV...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia