Harian Metro

J Hujah ampuh berdakwah

-

ika kita berhadapan dengan orang yang memang dekat dengan agama sememangny­a mudah. Sekadar mengingatk­an berkenaan hukumhakam mereka akan mengikutin­ya.

Hari ini, kita perlukan bukan sekadar hujah halal dan haram semata-mata untuk menarik golongan yang jauh daripada agama.

Sekadar menyatakan yang ini halal dan yang itu haram akan membenarka­n stigma masyarakat majmuk kononnya Islam hanya tahu menghukum dan tidak mahu memahami sesuatu isu terlebih dahulu.

Seorang bijak pandai, Mohd Iqbal pernah berkata: “Islam adalah produk yang cukup hebat. Yang kita kurang adalah penjual (pendakwah) yang bagus.”

Ini adalah cabaran yang kita hadapi hari ini apabila masyarakat semakin menjauh kerana pendakwah kurang berkemampu­an untuk menonjolka­n Islam dengan cara yang menarik.

Bukanlah bermaksud kita perlu korbankan hukum-hakam Islam semata-mata untuk memenuhi cita rasa golongan sasaran dakwah. Apa yang perlu adalah ilmu dan kemahiran untuk berhadapan dengan pertembung­an ideologi yang sangat meruncing pada hari ini.

Jika kita duduk di dalam kelompok orang baik-baik, agak senang hendak kita bercakap dengan mereka. Sekadar menyatakan ayat al-Quran dan hadis saja mereka akan menuruti seruan kita.

Sebaliknya, hiduplah dalam kelompok profesiona­l moden dan kita akan mengetahui cabaran seorang pendakwah zaman moden yang sangat besar.

Mereka ingin mendengar dari segi lojik dan kajian saintifik, bukan hanya menerima bulat-bulat sesuatu perkara.

Justeru, pendakwah pada zaman moden perlu lengkapkan diri dengan ilmu falsafah dan sains moden. Ilmu berkenaan boleh dimanfaatk­an untuk menjawab pertanyaan mengapa di sebalik setiap suruhan dan larangan.

Kita mengakui tidak semua perkara Allah beri hikmah kepada manusia tetapi banyak perkara di dunia yang Islam serukan boleh dibuktikan secara saintifik.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 190 bermaksud: “Sesungguhn­ya pada penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam mempunyai tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang bijak.”

Perhatikan pendakwah tersohor seperti Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik yang dapat menarik perhatian ramai terhadap agama Islam. Mereka mengetahui apabila berhujah dengan bukan Islam, ‘freethinke­r’ dan ‘atheist’ kurang berkesan jika sekadar menggunaka­n ayat al-Quran dalam perbahasan mereka.

Sebagai alternatif, mereka membuat perbanding­an berdasarka­n kajian sains, perbanding­an dengan kitab agama lain, data semasa dan sebagainya.

Dr Zakir Naik ketika berhadapan serangan terhadap hukum berhijab, beliau turut membuat perbanding­an pandangan Islam terhadap wanita berbanding agama lain, tamadun Babylon, tamadun Greek, tamadun Roman, tamadun Mesir purba dan sebelum kedatangan Islam.

Jika diteliti perbanding­an berkenaan, kelihatan jelas

„ Pendakwah perlu tonjolkan kejituan Islam dengan cara menarik

hukum bertudung yang dikenakan ke atas Muslimah sebenarnya adalah untuk mengangkat darjat wanita jauh lebih tinggi berbanding fahaman dan agama lain.

Allah menunjukka­n bagaimana mahu menjelaska­n sebab di sebalik suruhan dan larangan menerusi ayat al-Quran seperti daripada surah Al-Maidah ayat 91 yang bermaksud: “Sesungguhn­ya syaitan itu bermaksud hendak menimbulka­n permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran arak dan judi menghalang kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentila­h kamu daripada mengerjaka­nnya.”

Semoga dengan usaha kita dengan cara yang berhikmah dapat menarik lebih ramai orang yang jauh daripada agama untuk mendekati Islam.

Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku Marah Tapi Sayang boleh dihubungi melalui Facebook Hilmi Isa (Psikologi Bahasa)

 ??  ?? FENOMENA alam yang menakjubka­n sebagai lambang kekuasaan Allah Yang Maha Pencipta.
FENOMENA alam yang menakjubka­n sebagai lambang kekuasaan Allah Yang Maha Pencipta.
 ??  ??
 ??  ?? Bersama Hilmi Isa
Bersama Hilmi Isa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia