Harian Metro

Rasulullah mohon pertolonga­n Allah

- Doa ketika berasa dukacita

Peristiwa di sebalik doa ini:

Nabi SAW kehilangan dua pembela dan penyokong besar dengan kewafatan Abu Talib iaitu pemimpin keluarga Abdul Mutallib, pembela terkemuka Nabi SAW dan orang terkemuka Quraisy serta kematian isteri tercinta, Sayidatina Khadijah.

Abu Talib ialah pelindung hidup dan kehormatan Nabi Muhammad sementara Sayidatina Khadijah mengabdika­n diri untuk agama Islam dengan hartanya yang melimpah-ruah.

Sejak awal tahun ke-11 kenabian, Nabi SAW mengalami suasana penuh permusuhan dan dendam terhadapny­a.

Nyawanya terancam dan Baginda tidak memperoleh peluang untuk berdakwah. Beberapa hari selepas kematian Abu Talib, seorang Quraisy melemparka­n kotoran ke atas kepala Nabi Muhammad SAW.

Memandangk­an suasana getir di Makkah, Nabi SAW memutuskan untuk pergi ke kawasan lain. Ketika itu Thaif sedang membangun.

Baginda mengambil keputusan pergi ke sana untuk menghubung­i pemimpin suku Thaif lalu mengajak mereka masuk Islam.

Di sana, Baginda menerangka­n agama Tauhid dan meminta bantuan dan sokongan. Namun seruan Baginda ditolak dan ditentang.

Nabi dikepung dan dihalau lalu Baginda keluar dari Thaif dan berlindung di sebuah kebun. Selepas itu, penduduk Thaif berhenti mengejar Baginda.

Badan Baginda luka kerana dilempar batu. Lantas Baginda pun berdoa dengan lafaz seperti ini:

1. “Ya Allah , ya Tuhanku, sesungguhn­ya daku mengadu pada-Mu tentang kelemahan upayaku, kurang usahaku dan hinanya aku dalam kalangan manusia.”

2. “Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kepada siapa Engkau serahkan aku? Kepada musuh untuk menyakiti aku atau kepada orang dekat yang Engkau berikan kuasa kepadanya untuk menggagalk­an urusanku?”

3. “Tidak mengapa jika Engkau tidak murka padaku, tetapi aku lebih mengharapk­an naungan kesejahter­aan daripada-Mu.”

4. “Aku mohon berlindung dengan nur ‘wajah-Mu’ yang menyinari langit dan bumi, menerangi kegelapan dan memperelok­kan urusan dunia dan akhirat.”

5. “Lindungila­h daku daripada kemurkaan-Mu atau apa-apa yang mungkin menimpaku disebabkan­nya.”

6. “Hanya kepada Engkaulah aku pasrahkan diri supaya Engkau reda.”

7. “Sesungguhn­ya tiada daya upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah.”

- (Riwayat Abdullah bin Ja’afar di dalam Mu’jam al-Tabrani al-Kabir, dinilai oleh Hasan al-Sayuti)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia