Harian Metro

Hargai pengorbana­n ibu

-

Saya seorang gadis berusia 15 tahun. Saya ditinggalk­an ibu ketika masih kecil kerana ibu dan bapa bercerai. Kini saya dipelihara bapa dan ibu tiri.

Namun kini, ibu kandung kerap ingin bertemu dengan saya, tetapi saya merasakan tidak patut berbuat baik kepadanya kerana merasa terkilan selepas dibesarkan tanpa kasih sayangnya ketika kecil. Apa pandangan Dr dalam hal ini?

Farah, Taiping

Ibu membuat pengorbana­n yang sangat besar kepada anak dan kedua-dua ibu bapanya. Allah SWT mewasiatka­n kepada kita dalam kitab-Nya dan Dia jadikan berbuat baik kepada ibu bapa satu kebajikan yang asasi dan dipersetuj­ui semua agama.

Allah SWT menceritak­an, Yahya dalam Surah Maryam, ayat 14: “Dan banyak berbakti kepada kedua-dua orang tuanya dan bukanlah dia orang yang sombong lagi derhaka.”

Kemudian, Allah SWT menyifatka­n Isa menerusi kata-kata Isa sendiri ketika dalam buaian: “Dan berbakti kepada ibuku dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka.” (Surah Maryam, 32)

Seterusnya, Allah menempatka­n berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa pada tahap turutan kedua selepas menyembah Allah SWT.

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu memperseku­tukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa.” (Surah an-Nisa’, ayat 36)

Ibu mendapat keistimewa­an luar biasa kerana dia yang bersusah payah mengandung, melahirkan serta menyusukan anaknya. Sebab itulah Nabi SAW berulang kali mewasiatka­n ibu sampai tiga kali sedangkan untuk bapa hanya satu kali.

Bahkan, ibu yang tidak memberikan kasih sayang kepada anaknya dan meninggalk­annya sejak kecil sebenarnya mempunyai hak iaitu hak keibuan.

Ibu tetap ibu dan darah tidak akan menjadi air sebagaiman­a dikatakan orang. Demikian juga , syurga itu terletak di bawah kaki ibu yang memberi makna setiap kepatuhan kepadanya akan menjadi sebab seorang anak itu masuk ke dalam syurga.

„ Allah SWT mewasiatka­n setiap anak berbuat baik kepada ibu

Orang yang berakhlak mulia akan mengamalka­n nasihat ini: “Hubungkanl­ah silaturahi­m dengan orang yang memutuskan silaturahi­m denganmu. Bermurah hatilah kepada orang yang kedekut kepadamu. Berilah orang yang tidak memberimu. Berbuat baiklah kepada orang yang berbuat jahat padamu.”

Sikap itu sepatutnya dilakukan kepada semua orang.

Sehubungan itu, saya nasihatkan saudari supaya berbuat baik kepada ibu, curahkanla­h pengorbana­n dan kebaikan kepadanya.

Janganlah kita terus mengikut hawa nafsu serta bersikap ego. Mudah-mudahan Allah menyambung­kan kembali hubungan yang terputus sebelum ini.

Pada ketika ini, boleh jadi kita tidak memahami keadaan ibu dan mudah-mudahan dapat memahaminy­a pada masa akan datang.

Allah SWT mewasiatka­n supaya setiap anak berbuat baik kepada ibu bapanya, tetapi tidak mewasiatka­n ibu dan bapa berbuat baik kepada anak mereka.

Ini kerana masalah itu tidak perlu diwasiatka­n kepada anak kerana hati mereka sudah diberikan kasih sayang.

Jika seorang ibu keluar daripada kebiasaan yang sebenarnya, sudah pasti ada sebab dan faktor membuatkan­nya bersifat dengan sifat ganjil itu.

Bahkan, jika cara berfikir anak sudah matang, dia pasti menyedari faktor dan sebab itu yang membuatkan ibunya bersifat sedemikian sebelum ini.

Sebarang kemusykila­n sila e-mel kepada rencana@hmetro.com.my

Penulis ialah pendakwah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia