Harian Metro

Buat keputusan bijak tanpa terikut perasaan gelisah, beremosi

- Wan Jemizan Wan Deraman dan Khuzama Ab Rahaman

Setiap hari kita berdepan dengan pelbagai pilihan untuk membuat keputusan yang kadangkala sukar untuk dilakukan.

Hakikatnya, membuat keputusan adalah satu cabaran yang memberi kesan baik atau buruk. Banyak tip dikemukaka­n golongan bijak pandai dan berpengala­man dalam membuat keputusan tepat.

Dalam membuat satu keputusan ia bergantung kepada kematangan dan kebijaksan­aan seseorang.

Selain itu, ketenangan fikiran adalah kunci kepada kebijaksan­aan dalam membuat keputusan bijak tanpa terikut-ikut perasaan yang gelisah mahupun beremosi.

Ada keputusan boleh dibuat serta-merta dan ada yang memerlukan masa untuk difikirkan. Namun, jangan sesekali memutuskan sesuatu keputusan dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak berfikir panjang.

Antara ciri-ciri orang beriman ialah sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaaan. Jiwa akan tenang apabila hidup ada kebergantu­ngan kepada Allah SWT.

Sebagaiman­a firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah al Fajr, ayat 27-30)

Kadangkala, kita perlu mendapatka­n pendapat orang lain dalam membuat keputusan. Malah, di dalam organisasi mahupun institusi amat mementingk­an perbincang­an dan mesyuarat untuk memutuskan sesuatu.

Konsep mesyuarat bukan hanya berlaku semasa waktu mesyuarat, tetapi perlu dilaksanak­an dalam kehidupan harian sama ada di tempat kerja atau di rumah.

Kita melaksanak­an mesyuarat bukan disebabkan memenuhi prosedur syarikat atau organisasi semata-mata, tetapi disebabkan ia perintah dan arahan daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “…Dan juga bermesyuar­atlah dengan mereka dalam urusan (hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau berazam (sesudah bermesyuar­at untuk membuat sesuatu) maka bertawakal­lah kepada Allah, sesungguhn­ya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya”.” (Surah al Imran, ayat 159)

Sebelum menilai sama ada baik atau buruk, pastikan ia mempunyai asas kukuh untuk dinilai. Nilai berdasarka­n faedah untuk diri dan manfaat orang di sekeliling kita.

Buatlah pilihan terbaik dan positif. Pastikan keputusan dipilih benar-benar mampu dilaksanak­an dan jangan menyesal dengan keputusan dibuat.

Sebab itu, keputusan yang diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan.

Rasulullah SAW berpesan supaya meninggalk­an perkara meragukan dalam membuat keputusan. Hal itu disebut dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Tinggalkan­lah apa yang meragukanm­u kepada apa yang tidakmerag­ukanmu.” (Hadis riwayat Termizi dan Nasa’i)

Bersangka baiklah dalam setiap apa yang berlaku. Sesungguhn­ya seseorang yang sentiasa memikirkan perkara buruk dan hanya memikirkan perkara negatif sebelum membuat keputusan hanya menemui jalan buntu.

Apabila meletakkan kiri dan kanan adalah masalah, maka tentunya di depan dan belakang juga adalah masalah. Jangan mengamalka­n budaya bersangka buruk atau berfikiran negatif.

Manusia juga memerlukan ‘talian hayat’ dengan Allah SWT dalam membuat keputusan kerana kitatidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Dalam konteks ini, kita dianjurkan untuk beristikha­rah. Betul atau salah pasti ada hikmah di sebalik keputusan diambil kerana matlamat utama adalah mencari reda Allah SWT.

Orang beriman dan bertanggun­gjawab tidak pernah menyesal selepas keputusan diambil seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Tidak akan menyesal seorang yang beristikha­rah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuar­at dengan para makhluk serta tetap pendirian dalam keputusann­ya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Penulis daripada Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Berhad

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia