Harian Metro

Edisi kedua lebih menarik

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Pameran Hartanah MyRumah 2017 anjuran The New Straits Times Press (m) Bhd (NSTP) kembali dengan siri kedua tahun ini, menyediaka­n pelbagai aktiviti menarik di Komtar JBCC, di sini, selama tiga hari bermula hari ini.

Seperti penganjura­n di lokasi sama tahun lalu, pameran kali ini disertai 12 pemaju termasuk Johor Land, Andaman Group, Astaka Padu, SKS Cocoa Valley dan YPJ Builders.

Pengarah Projek Myrumah, Mohd Haslan Abdul Abbas berkata, edisi kedua itu adalah kesinambun­gan daripada acara diadakan di Kuala Lumpur, Mac lalu, dengan memberi peluang kepada orang ramai dan pembaca akhbar kumpulan NSTP mendapatka­n kediaman mampu milik pada harga berpatutan.

Katanya, beberapa penceramah terkenal dan pakar hartanah dijangka hadir, antaranya Vince Chia (Diligent Planners Sdn Bhd), Aziz Ahmad (Hartanahgu­ru.com), Alan Poon (Superior Wealth Mastery), Dr Daniele Gambero (REI Group of Companies) dan Khalil Adis (Khalil Adis Consultanc­y).

“Program berkenaan dibuka kepada orang ramai secara percuma bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam, selain menyediaka­n pelbagai tawaran menarik kepada pengunjung bertuah.

“Pameran juga menyediaka­n platform kepada pembeli rumah pertama mendapatka­n rumah impian pada harga berpatutan di bawah RM500,000,” katanya.

„ MyRumah 2017 kembali dengan menyediaka­n pelbagai aktiviti tiga hari disertai 12 pemaju

MyRumah 2017 turut menyasarka­n golongan pertengaha­n dan kumpulan berpendapa­tan rendah, selain berkongsi pengetahua­n dengan pakar hartanah terutama berkaitan isu hartanah, manfaat pelaburan dan pinjaman perumahan.

Pameran Hartanah MyRumah terbuka kepada orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat produk hartanah bersesuaia­n, malah mempunyai ahli panel untuk sesi perkongsia­n berkaitan hartanah.

Menerusi sesi ini, orang ramai berpeluang bertanya pelbagai isu berkaitan hartanah antaranya unjuran hartanah 2017 dan strategi pelaburan.

Tahun lalu, pameran sama berjaya menjual lebih 50 unit kediaman dengan nilai RM30 juta serta menarik kehadiran 30,000 pengunjung.

 ??  ?? PENGUNJUNG di Pameran Hartanah MyRumah 2017 di Komtar JBCC, Johor Baru.
PENGUNJUNG di Pameran Hartanah MyRumah 2017 di Komtar JBCC, Johor Baru.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia