Harian Metro

Bukan pelatih biasa-biasa

- Zulfa Mohamad am@hmetro.com.my

„ Graduan GiatMara bukti kemahiran diperoleh mampu tanding lepasan institusi pengajian lain

usat GiatMara umpama ‘nyawa’ kedua kerana memberi peluang kepada saya mencari kemahiran selepas tidak begitu cemerlang dalam akademik,” kata pelatih GiatMara Prima Tasek Gelugor, Nur Aliah Nadirah Yusri, 17, semalam.

Dia antara dua pelatih GiatMara yang terpilih menyertai Pertanding­an World Skills Malaysia Belia untuk memilih calon yang akan mewakili Malaysia dalam pertanding­an kemahiran peringkat dunia tahun ini.

Nur Aliah berkata, dia berminat dalam bidang solekan kerana mempunyai potensi luas dan kebetulan GiatMara menyediaka­n kursus berkenaan menyebabka­n dia tidak melepaskan peluang.

“Terima kasih kepada GiatMara kerana memberi peluang kepada saya untuk menceburi bidang diminati. Saya gembira kerana terpilih untuk menyertai Pertanding­an World Skills Malaysia Belia pertengaha­n tahun ini,” katanya selepas Majlis Graduasi GiatMara 2017 di sini, semalam.

Dia antara 573 pelatih GiatMara seluruh Pulau Pinang menerima sijil disampaika­n Timbalan Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Pelatih, Azharuddin Haizal Khoriun, 17, dari Bayan Lepas, Pulau Pinang berkata, dia tidak menyangka terpilih menyertai Pertanding­an World Skills Malaysia Belia dalam bidang elektronik.

“Saya berazam untuk menang pertanding­an berkenaan agar dapat mewakili Malaysia ke peringkat dunia,” katanya.

Sementara itu, Reezal berkata, GiatMara memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan pekerja mahir dan menikmati pendapatan tinggi apabila Malaysia mencapai status negara maju.

“Aspek kemahiran amat penting untuk menjadi bangsa berpendapa­tan tinggi seperti dinikmati rakyat di negara maju.

“Dalam hal ini, GiatMara memainkan peranan penting meningkatk­an kemahiran pelatih melalui Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menjadi agenda kerajaan ketika ini,” katanya.

 ??  ?? REEZAL (dua dari kanan) berswafoto bersama graduan GiatMara.
REEZAL (dua dari kanan) berswafoto bersama graduan GiatMara.
 ??  ?? GRADUAN GiatMara bergambar selepas menerima sijil kemahiran yang disampaika­n Reezal Merican, semalam.
GRADUAN GiatMara bergambar selepas menerima sijil kemahiran yang disampaika­n Reezal Merican, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia