Harian Metro

Jurutera hadapi 16 tuduhan

-

Kota Bharu: Jurutera perancang dan pembinaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di daerah ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, semalam terhadap 16 tuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM40,468.03 daripada dua kontraktor, tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Asrul Hisyam Setapa, 31, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Adli Abd Ghalib.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga 16, tertuduh didakwa memperoleh suapan membabitka­n wang tunai, telefon bimbit, jam tangan dan peralatan pembinaan berjumlah RM40,468.03 daripada dua kontraktor di sekitar Kota Bharu.

Suapan itu diperoleh sebagai upah kerana mencadangk­an nama syarikat kontraktor itu untuk menjalanka­n projek antara 15 April hingga 22 Ogos 2016.

Semua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shahidah Muslimah Roslan menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili tertuduh bersetuju dengan tawaran jaminan dan syarat tambahan berkenaan.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan mengarahka­n pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

 ??  ?? MOHD Asrul Hisyam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas 16 pertuduhan.
MOHD Asrul Hisyam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas 16 pertuduhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia