Harian Metro

Trak maklumat dedah orang ramai projek MRT

-

Kuala Lumpur Orang ramai kini tidak perlu bersusah payah mendapatka­n maklumat mengenai perkhidmat­an Transit Aliran Massa (MRT) dengan adanya Trak Maklumat MRT (MIT) di sepanjang laluan Stesen MRT Sungai Buloh-Semantan.

Timbalan Pengurus Besar Komunikasi Strategik MRT Leong Shen-Li berkata, objektif MIT adalah untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada orang ramai mengenai projek yang dijalankan oleh MRT.

“Bukan itu saja, fokus kita juga untuk menggalakk­an orang ramai menggunaka­n perkhidmat­an awam yang baru ini supaya dapat mengurangk­an kesesakan jalan raya.

“Di MIT, orang ramai juga akan diberi pendedahan berkenaan laluan stesen MRT Sungai Buloh-Kajang yang bakal beroperasi sepenuhnya pada Julai ini,” katanya ketika ditemui di Pameran MIT di perkaranga­n ibu pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, Jalan Riong, di sini, semalam.

Menurutnya, MIT dalam masa sama memberi maklumat kepada orang ramai mengenai projek laluan kedua (MRT2) di stesen Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) yang dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2022.

Leong berkata, antara kemudahan yang terdapat di MIT adalah televisyen, komputer riba, risalah, peta laluan dan buletin MRT dalam tiga versi bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin kepada orang ramai.

“Dua pegawai informasi juga akan ditempatka­n di MIT untuk membantu orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat mengenai laluan dan projek yang bakal dilaksanak­an MRT.

“Selain itu, kami turut menyediaka­n aplikasi interaktif ‘Hawkeye’ iaitu teknologi dron yang menunjukka­n setiap laluan stesen MRT di komputer supaya orang ramai dapat merancang perjalanan mereka sebaik-baiknya,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI MRT memberi penerangan kepada kakitangan NSTP berkenaan
projek pembanguna­n MRT.
PEGAWAI MRT memberi penerangan kepada kakitangan NSTP berkenaan projek pembanguna­n MRT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia