Harian Metro

Ikan larangan ‘celah’ pokok

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

Berselindu­ng di sebalik tapak semaian pokok, akhirnya membongkar penemuan dua ekor ikan jenis ‘arapaima’ atau ikan naga seberat 100 kilogram dibela tanpa permit dalam satu pemeriksaa­n di sebuah premis pembekal ikan hiasan di sini, semalam.

Dua ikan sepanjang kira-kira dua meter itu ditemui sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Perikanan negeri pada jam 11.30 pagi ketika melakukan pemantauan dan pemeriksaa­n di premis berkenaan.

Operasi diketuai Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Nor Aisyah Abu Bakar dan kedua-dua ikan berkenaan dibela tanpa permit serta tidak memiliki kebenaran Ketua Pengarah Perikanan.

Nor Aisyah berkata, semasa pemeriksaa­n awal dilakukan, pihaknya hanya menemui beberapa jenis ikan hiasan dipamerkan dan dijual di premis berkenaan sebelum menemui kedua-dua ikan arapaima itu di dalam kolam berkenaan dan dipercayai dibela sejak lebih 10 tahun lalu.

Beliau berkata, melihat kepada saiz ikan yang begitu besar, pihaknya percaya usia ikan itu sudah dewasa dan tindakan menyita ikan berkenaan boleh dikenakan sekiranya tidak mempunyai permit sah.

“Jadi, pengusaha terbabit diberi amaran supaya memohon permit sebelum tindakan penguat kuasaan dikenakan. Mohon permit atau ikan disita dan amaran itu diberikan kepada semua pengusaha ikan hiasan supaya membuat permohonan segera bagi mengelak dikenakan tindakan dalam tempoh dua bulan dari sekarang.

“Hari ini kami pantau dan memberi nasihat saja, tetapi selepas dua bulan ...... tiada lagi alasan untuk tidak memiliki permit yang diberikan secara percuma oleh Jabatan Perikanan,” katanya dalam satu operasi yang dijalankan di sini, semalam.

Nor Aisyah berkata, bagi mengatasi masalah itu, pemeriksaa­n dan pemantauan dari semasa ke semasa akan dilakukan dan peraturan melarang mengimport, menjual, memelihara dan

„ Operasi Jabatan Perikanan temui ikan naga 100 kilogram dibela tanpa permit

menyimpan ikan akan dilaksanak­an.

Beliau berkata, sejumlah 34 spesies ikan bukan asli dilarang dilepaskan di perairan negara termasuk piranha, bawal merah, flower horn, ikan naga, ikan buaya, keli afrika dan baung ekor merah.

Menurutnya, larangan itu dibuat berikutan terdapat pihak tertentu melepaskan ikan yang bukan berasal dari negara ini selain dilihat mengganggu keseimbang­an biodiversi­ti.

“Tindakan itu turut mengganggu habitat dan spesies ikan asli di perairan negara selain menjadi pemangsa kepada spesies ikan lain.

hiasan

 ??  ?? NOR Aisyah (kiri) menunjukka­n kepada pengurus premis ikan hiasan, HS Tan jenis ikan larangan.
NOR Aisyah (kiri) menunjukka­n kepada pengurus premis ikan hiasan, HS Tan jenis ikan larangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia