Harian Metro

Gempur pusat kecantikan

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.m

„ Kementeria­n Kesihatan lancar operasi serbu klinik tawar rawatan maut dua minggu lagi

Kementeria­n Kesihatan akan menggempur pusat kecantikan dan klinik di negara ini yang menawarkan rawatan terapi ozon dalam tempoh satu atau dua minggu akan datang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, penguatkua­saan segera perlu dilakukan dalam usaha memastikan perkhidmat­an rawatan yang diharamkan itu tidak lagi ditawarkan selepas 1 Julai ini.

“Amalan terapi ozon boleh mendatangk­an kemudarata­n, malah ada membabitka­n kematian, namun tidak dilaporkan secara rasmi oleh pengusaha pusat kecantikan atau klinik terbabit.

“Mesin perubatan hanya boleh dikendalik­an oleh doktor atau mereka yang berkaitan, dan sejak 10 tahun lalu rawatan terapi ozon ditawarkan di negara ini tiada satu pun mesin pernah didaftarka­n dengan kementeria­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Kebangsaan Kali ke-8 di Banda Hilir, di sini, semalam. Semalam Harian Metro melaporkan rawatan terapi ozon di semua pusat kecantikan dan klinik diharamkan kerana ia boleh menyebabka­n komplikasi perubatan yang teruk termasuk membawa maut. Berikutan itu, semua pembuat, pengimport atau pihak meletakkan mesin berkenaan di pasaran diminta menarik balik pengedaran dan penggunaan­nya di pasaran selewat-lewatnya 1 Julai ini. Melaka: Seramai 36 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dikenakan tindakan buang kerja atas pelbagai salah laku termasuk rasuah sepanjang tempoh tiga tahun sejak 2014 lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata, pihaknya memandang serius perbuatan salah laku penjawat awam di semua agensi kerajaan dan tidak hanya terhad kepada JPJ saja.

“Difahamkan dalam perkhidmat­an JPJ sahaja, seramai 17 pegawai dan anggota dibuang kerja pada 2014 diikuti 10 individu pada 2015 dan sembilan individu tahun lalu.

“Tindakan buang kerja diambil supaya menjadi pengajaran dan mengutamak­an integriti dalam melaksanak­an tugas di semua sektor perkhidmat­an awam,” katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Kursus Asas Pegawai Penguatkua­sa JPJ Gred KP41 dan KP19 Siri 1/2019 di Akademi Pengangkut­an Jalan Malaysia, Tiang Dua, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an Datuk Seri Saripuddin Kasim dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron.

 ??  ?? DR Subramania­n (dua dari kanan) menyerahka­n hadiah kepada Jamil Abd Lah (dua dari kiri) pada Majlis Penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Kebangsaan 2017 Kali Ke-8 di Banda Hilir, Melaka.
DR Subramania­n (dua dari kanan) menyerahka­n hadiah kepada Jamil Abd Lah (dua dari kiri) pada Majlis Penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Kebangsaan 2017 Kali Ke-8 di Banda Hilir, Melaka.
 ??  ?? ZAINAL (kanan) bersalaman dengan pelatih pada Majlis Penutup Kursus Asas Pegawai Penguat kuasa JPJ di Akedemi Pengangkut­an Jalan Malaysia, Tiang Dua, Melaka.
ZAINAL (kanan) bersalaman dengan pelatih pada Majlis Penutup Kursus Asas Pegawai Penguat kuasa JPJ di Akedemi Pengangkut­an Jalan Malaysia, Tiang Dua, Melaka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia