Harian Metro

Hadiah RM1 juta!

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Lebih 25,000 orang mendaftar bagi menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai RM1 juta sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 setakat ini.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ahli UMNO yang turut berdaftar sebagai pengundi berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan tujuh kereta nasional dan 10 motosikal sehingga tempoh pendaftara­n menerusi aplikasi Malaysia4A­ll yang berakhir 10 Mei ini.

“Hadiah ini diberikan kepada UMNO sempena ulang tahun parti dan kami menerima sumbangan ini, tetapi dipanjangk­an kepada pendukung serta penyokong setia parti.

“Bagaimanap­un, mereka yang layak memenangi cabutan bertuah perlu menjadi ahli UMNO dan berdaftar sebagai pemilih serta perlu hadir di Stadium Bukit Jalil pada hari sambutan ulang tahun parti,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 bersama pengurusan kanan Media Prima Berhad (MPB) di Balai Berita, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan MPB Datuk Seri Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid, Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen MPB Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah, Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mahfar Ali, Pengarang Kumpulan New Straits Times Yushaimi Maulud Yahaya dan Penulis Khas Kanan Harian Metro Tuan Mohd Asri Tuan Hussein.

Ab Rauf berkata, mesyuarat membincang­kan persediaan terakhir sambutan ulang tahun parti itu bersama pengurusan kanan MPB selaku penyiar rasmi termasuk kaedah bagi melicinkan perjalanan program menjelang 11 Mei ini.

Menurutnya, Pergerakan Pemuda UMNO juga turut menganjurk­an karnival kerjaya yang menawarkan lebih 7,500 peluang pekerjaan pada 10 dan 11 Mei ini serta orang ramai yang berminat boleh terus menghadiri temu duga disediakan pihak terbabit.

„ 25,000 daftar untuk cabutan bertuah

 ??  ?? Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein memberikan ucapan alu-aluan pada Sambutan Jubli Perak UMNO Bangsar
Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein memberikan ucapan alu-aluan pada Sambutan Jubli Perak UMNO Bangsar
 ??  ?? AB Rauf (kiri) melihat pameran di Galeri Prima NSTP selepas mempengeru­sikan mesyuarat terakhir Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 bersama Media Prima di Balai Berita NSTP.
AB Rauf (kiri) melihat pameran di Galeri Prima NSTP selepas mempengeru­sikan mesyuarat terakhir Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 bersama Media Prima di Balai Berita NSTP.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia