Harian Metro

Jel 4 bulan, denda RM20,000 sogok polis

-

Shah Alam: Akibat menyogok polis supaya tidak mengambil tindakan terhadapny­a, seorang penuntut institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang juga warga Nigeria dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hakim Rozilah Salleh memutuskan demikian selepas tertuduh, Ihebom Obinna Edward, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan turut mengakui fakta kes yang dikemukaka­n pendakwaan.

Dia didakwa memberi suapan wang RM4,000 kepada Lans Koperal Joyner Joel Jaudas yang bertugas di Balai Polis Bandar Sunway supaya tidak mengambil tindakan ke atasnya yang disyaki melakukan kesalahan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Perbuatan itu dilakukan di balai polis berkenaan jam 8 malam, 28 April lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Hakim Azrul Darus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Muhamad Junaidi Alias, 25, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan bermula dari tarikh tangkap pada 21 Oktober tahun lalu.

Bekas Pengurus Besar Kanan Bahagian Sumber Manusia Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas empat pertuduhan menipu berkaitan penggunaan kad kredit rasmi majikan berjumlah RM18,580 untuk tujuan peribadi.

Tertuduh, Md Shamsuri Md Isa, 41, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa

 ??  ?? IHEBOM Obinna dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
IHEBOM Obinna dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia