Harian Metro

Didakwa tipu RM18,580

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut tiga pertuduhan, dia didakwa memperdaya­kan MAHB dengan mengemukak­an butiran palsu mengenai penggunaan kad kredit rasmi syarikat itu berjumlah RM2,000 bagi pertuduhan pertama, RM3,800 dan RM3,980 (pertuduhan kedua) dan RM5,800 (pertuduhan ketiga).

Ia dinyatakan untuk tujuan rasmi namun pembayaran dibuat untuk tujuan peribadi iaitu rawatan kecantikan di Klinik Chia Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa mengemukak­an borang tuntutan peribadi bersama invois berjumlah RM3,000 yang tidak lengkap tanpa menyatakan keterangan rawatan di klinik berkenaan.

Semua perbuatan itu dilakukan di Pejabat Korporat MAHB, Sepang antara 1 Mac hingga 26 September tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 24 (2) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM S Thangavelu yang mengendali­kan kes menawarkan jaminan RM30,000 bagi keempat-empat pertuduhan.

Md Shamsuri yang diwakili peguam Cheow Wee dan Mohamed Nizam Mohamed Fazil bagaimanap­un merayu penguranga­n jaminan kerana mempunyai tanggungan anak berusia tujuh tahun dan menghidap pelbagai penyakit seperti darah tinggi, masalah jantung dan buah pinggang.

“Selain sudah dibuang kerja, anak guam saya memberikan kerjasama penuh dengan SPRM sejak proses siasatan dijalankan,” katanya.

Rozilah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM25,000 bagi semua pertuduhan dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Sebutan semula kes untuk pengurusan dokumen berkaitan ditetapkan pada 5 Jun depan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan SPRM menahan individu itu selepas dipercayai menyalahgu­nakan kedudukann­ya dengan meluluskan peruntukan bagi tujuan rawatan kecantikan kulit serta pelangsing­an badan untuk diri sendiri.

„ Bekas pengurus kanan MAHB hadapi empat pertuduhan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia