Harian Metro

440 pakai kostum kucing kecut perut

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Kuching: Sarawak mencatat nama dalam Guinness World Records selepas berjaya mengumpul peserta paling ramai memakai kostum kucing di dunia, malam tadi.

Acara bersejarah itu diadakan di Panggung Udara, di sini, sejak petang semalam dengan 440 peserta.

Pengumuman itu dibuat Pengurus Rekod, Guinness World Records, Hoda Khachab.

Hoda berkata, bagi membolehka­n acara ini layak dimasukkan ke dalam Guinness World Records, sekurang-kurangnya 250 peserta perlu memakai kostum itu untuk tempoh sekurang-kurangnya lima minit.

“Saya umumkan 440 peserta memakai kostum kucing di Kuching dan ia pencapaian pertama penyertaan paling ramai di dunia,” katanya.

Seorang anggota pasukan keselamata­n menyerah diri kepada polis selepas video kemalangan langgar lari membabitka­n kenderaan dipandunya menjadi tular di media sosial, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari Ahad lalu, kereta Ford Fiesta dipandu suspek merempuh Nissan Almera di Kilometer 24, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor Superinten­dan Kamaludin Mohamad berkata, kejadian berlaku sewaktu mangsa yang bekerja sebagai jurujual dalam perjalanan dari Kepong ke Rawang.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta mangsa dilanggar belakang oleh kenderaan suspek sebelum melarikan diri.

“Bagaimanap­un kemalangan itu hanya mengakibat­kan kerosakan kenderaan tanpa kecederaan serius.

Kejadian menjadi tular apabila video memaparkan kemalangan itu dimuat naik di Facebook dan susulan itu suspek yang juga penjawat awam menyerah diri hari ini (semalam),” katanya.

Menurutnya, lelaki berusia 20-an itu tampil di Balai Polis Rawang, Selangor bagi membantu siasatan sebelum ditahan polis.

Menurutnya, pihaknya turut mengambil sampel air kencing suspek untuk analisis kimia.

“Suspek kini ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(2) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Rakaman video selama 41 saat yang menjadi tular itu memaparkan kereta dipercayai milik suspek dipandu laju sebelum merempuh kenderaan mangsa.

Bagaimanap­un, suspek tidak menghentik­an kenderaan selepas kemalangan dan terus memecut melarikan diri.

„ Suspek langgar lari serah diri selepas rakaman tular di FB

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta perhimpuna­n terbesar ‘Human Cat Attire’ untuk mencatat nama dalam Guinness World Records, di Panggung Udara, Kuching.
SEBAHAGIAN peserta perhimpuna­n terbesar ‘Human Cat Attire’ untuk mencatat nama dalam Guinness World Records, di Panggung Udara, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia