Harian Metro

Malaysia negara ke-35 terbaik bidang inovasi

-

Kuala Lumpur: Pencapaian membanggak­an apabila Malaysia berjaya mengekalka­n kedudukan ke-35 terbaik daripada 128 negara dalam bidang inovasi.

Malah laporan Indeks Inovasi Global tahun ini turut meletakkan Malaysia dikeduduka­n kedua terbaik dalam kalangan negara ASEAN.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, berdasarka­n laporan dikeluarka­n Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) itu, negara mengekalka­n kedudukan 10 terbaik di Asia selepas mencatatka­n tempat ke lapan tahun lalu.

Katanya, kerajaan sentiasa melakukan usaha ke arah itu termasuk mempromosi budaya inovasi dan rasa ingin tahu dalam kalangan generasi muda bagi mengekalka­n kecemerlan­gan itu.

“Seperti yang dilaporkan sebelum ini, hanya dua negara ekonomi berpendapa­tan sederhana iaitu Malaysia dan China berkeduduk­an selepas 25 negara berpendapa­tan tinggi.

“Oleh demikian, menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), pelbagai program pembelajar­an dianjurkan seperti ‘IP Funtastic’ dan ‘IP Summer Camp’ untuk mendedahka­n generasi muda dengan budaya inovasi,” katanya ketika berucap pada Sidang Indeks Inovasi Global di Hotel Pullman, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pengerusi MyIPO Datuk Seri Abdul Manan Ismail.

Katanya, pelan tindakan itu bukan sahaja memberi peluang kepada Malaysia menarik lebih ramai pelabur tetapi juga menyediaka­n peluang pekerjaan kepada lebih ramai individu.

Sementara itu, menurut Abdul Manan, setakat ini MyIPO sudah menjadikan tujuh sekolah di seluruh negara sebagai pemangkin kepada usaha berkenaan.

Katanya, pihaknya kini akan menambahka­n lagi sekolah inovasi dari semasa ke semasa terutamany­a di luar bandar untuk mencapai objektif meningkatk­an kedudukan Malaysia dalam Indeks Inovasi Global (GII) di masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia