Harian Metro

Tuduhan melulu

- Riadz Radzi riadz@hmetro.com.my

„ Megadeth nafi muzik mereka bawa pengaruh negatif

Kumpulan thrash metal popular dunia, Megadeth kecewa dengan dakwaan segelintir pihak yang menyifatka­n muzik mereka memberi pengaruh negatif dalam konsert sulung di Stadium Negara, di sini, malam tadi.

Penyanyi dan pemain gitarnya, Dave Mustaine berkata, sejak ditubuhkan lebih 30 tahun lalu, Megadeth tidak pernah membawa sebarang pengaruh negatif dalam setiap persembaha­n dan lagu mereka.

“Niat kami hanya menghiburk­an penonton dan tidak lebih daripada itu. Lagu kami juga kebanyakan­nya mengenai perkara positif seperti kemanusiaa­n, kesan buruk peperangan dan sebagainya.

“Kami juga banyak terbabit dalam kerja amal termasuk membantu pesakit kanser dalam kalangan kanak-kanak.

“Pada saya, pendapat mengenai Megadeth sebagai ejen perosak masyarakat adalah sesuatu yang mengarut,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Harian Metro, di sini, semalam.

Mustaine berkata, dia juga tidak menafikan ada pengaruh negatif dalam kalangan pemuzik metal, namun ia bergantung kepada seseorang individu.

“Metal hanya satu daripada genre muzik dan tak lebih daripada itu. Semuanya terpulang kepada individu. Jika anda memang seorang yang tidak baik, anda mendengar muzik apa pun ia tetap sama,” katanya.

Selain Mustaine, Megadeth dianggotai David Ellefson (bass), Kiko Loureiro (gitar) dan Dirk Verbueren (dram).

Konsert Megadeth Live In Malaysia diadakan sempena konsert jelajah dunia untuk album terbaru mereka, Dystopia.

Dalam pada itu, Megadeth turut teruja membuat konsert pertama mereka di sini.

Mustaine berkata, dia menghargai sambutan yang diberikan peminat muzik metal.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N Konsert Megadeth di Stadium Negara, malam tadi.
PERSEMBAHA­N Konsert Megadeth di Stadium Negara, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia