Harian Metro

Anak hayun topi keledar

„ Bapa pengsan berlumuran darah di kepala

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my Mohamad Roy

Anak setan! Itu gelaran sesuai untuk pemuda yang tergamak membelasah bapa kandungnya hingga pengsan menggunaka­n topi keledar.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, suspek berusia 25 tahun dikatakan memukul berulang kali bapanya berusia 60 tahun di rumah didiami di PPR Desa Rejang, Setapak Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita memaklumka­n suaminya pengsan serta cedera di ke- Kami menahan suspek di lokasi dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kecederaan” pala akibat dipukul anak lelaki mereka.

“Berdasarka­n maklumat berkenaan, kami mengarahka­n sepasukan polis ke sebuah rumah di PPR Desa Rejang, di sini, sebelum mendapati seorang lelaki berlumuran darah di ruang tamu kediaman,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n, pihaknya mendapati mangsa terbaring separuh sedar di ruang tamu serta berlumuran darah di bahagian kepala.

“Turut berada di ruang tamu suspek lelaki yang juga anak mangsa. Dia mengaku memukul bapanya menggunaka­n topi keledar.

“Polis turut menemui topi keledar yang digunakan suspek di lokasi. Mangsa kemudianny­a diberi bantuan awal sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati punca kejadian kerana mangsa meleteri anaknya menyebabka­n suspek berang lalu bertindak di luar kawalan.

“Kami menahan suspek di lokasi dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kecederaan,” katanya.

 ??  ?? ANAK mangsa ditahan polis di kediamanny­a. MANGSA cedera parah di kepala selepas dipukul anaknya di PPR Desa Rejang, Setapak Jaya.
ANAK mangsa ditahan polis di kediamanny­a. MANGSA cedera parah di kepala selepas dipukul anaknya di PPR Desa Rejang, Setapak Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia