Harian Metro

BURSA MALAYSIA TERUS RANCAK

-

„ FBM KLCI meningkat enam peratus setakat suku pertama 2017

Pemulihan Bursa Malaysia pada suku pertama tahun ini dijangka berterusan berikutan pertumbuha­n mampan ekonomi domestik.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan mendapati setakat tahun ini, FBM KLCI meningkat enam peratus, manakala jumlah saham tawaran awam permulaan (IPO) meningkat seiring dengannya.

“Kami gembira untuk melihat pelabur asing muncul kembali pada suku pertama tahun ini.

“Dipacu oleh kestabilan nilai ringgit, prospek pertumbuha­n yang cerah dan beberapa penyenarai­an baru, pelabur asing muncul pembeli bersih bernilai RM7.02 bilion, yang tertinggi dalam pasaran sedang muncul ASEAN,” katanya ketika berucap pada malam gala Anugerah Bursa Malaysia Keempat 2016, di sini, kelmarin.

Menurutnya, ketidakten­tuan keadaan luaran yang semakin berkuranga­n dan prospek Malaysia yang semakin baik menyebabka­n pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka lebih baik tahun ini dengan anggaran 4.3 hingga 4.8 peratus.

Katanya, secara keseluruha­n, bagi meneruskan momentum pertumbuha­n itu, kerajaan, institusi awam dan peserta sektor swasta perlu bekerjasam­a kerana tugas mengukuhka­n ekonomi negara adalah tanggungja­wab bersama.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan berkata, walaupun 2016 adalah tahun mencabar berikutan faktor luaran seperti Brexit dan pendirian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai beberapa isu penting, ia mampu mengekalka­n pasaran yang teratur.

Menurutnya, setakat April lalu, Nilai Dagangan Harian Purata Bursa Malaysia mencatat RM2.44 bilion, manakala permodalan pasaran meningkat 10.4 peratus kepada RM1.84 trilion setakat tahun ini.

Pada majlis bertema, Mengiktira­f Yang Terbaik Malaysia, 19 kategori anugerah disampaika­n berbanding 25 pada tahun lalu kepada broker, peserta ekuiti, derivatif dan pasaran Islam berikutan sumbangan serta pencapaian mereka dalam pertumbuha­n dan kemampanan pasaran modal tempatan. - BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia