Harian Metro

SME Corp sasar potensi jualan RM82 juta

-

Kuala Lumpur: SME Corp Malaysia (SME Corp) menjangkak­an Minggu PKS 2017 mampu menjana jualan berjumlah RM12 juta dan potensi jualan sebanyak RM82 juta sepanjang tempoh penganjura­nnya di seluruh negara bermula hari ini hingga 26 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Hafsah Hashim berkata, jumlah itu mampu dicapai melalui kerjasama yang dilaksanak­an 18 kementeria­n dan 65 agensi berkaitan bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menyertai acara berkenaan.

“Selain itu, keyakinan ini juga berdasarka­n nilai dan potensi jualan dicatatkan Minggu PKS 2016 yang menunjukka­n peningkata­n berbanding 2015,” katanya pada Taklimat Media Minggu PKS 2017 di sini, semalam.

Minggu PKS adalah inisiatif tahunan SME Corp yang dianjurkan sejak 2012 bertujuan membantu mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an PKS serta platform penyebaran maklumat mengenai program kerajaan dalam membantu pembanguna­n PKS tempatan.

Nilai jualan Minggu PKS 2016 mencatatka­n peningkata­n 39 peratus kepada RM8.26 juta berbanding RM3.64 juta pada 2015, manakala potensi jualan meningkat 12 peratus kepada RM72.8 juta berbanding RM60.03 juta pada 2015.

Hafsah berkata, pihaknya turut menjangkak­an seramai 3,000 pempamer akan menyertai acara tahunan itu kali ini selain menarik 550,000 pengunjung di seluruh negara.

Menurutnya, Minggu PKS 2017 menampilka­n kelainan melalui penganjura­n 307 aktiviti dan sesi pemadanan perniagaan yang disertai pasar raya besar seperti Giant, Tesco, Mydin dan AEON serta pembabitan portal beli-belah dalam talian terkemuka seperti Lazada.

“Kami ingin melihat usahawan tempatan mengambil ruang dan peluang disediakan sepanjang satu minggu ini di mana pelbagai aktiviti pembanguna­n, penjenamaa­n serta perkongsia­n maklumat dilangsung­kan di semua lokasi seluruh negara,” katanya.

Pelancaran Minggu PKS 2017 peringkat kebangsaan akan berlangsun­g di Terengganu Trade Centre (TTC), Kuala Terengganu, 18 Mei ini, manakala pelancaran Minggu PKS 2017 peringkat negeri akan diadakan secara berperingk­at sepanjang tempoh penganjura­n berkenaan.

 ??  ?? HAFSAH
HAFSAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia