Harian Metro

Lonjakan ketara

„ RHB Premier sasar 60,000 pelanggan menjelang 2020

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

RHB Banking Group (RHB Bank) berhasrat meningkatk­an langganan segmen RHB Premier kepada 60,000 pelanggan menjelang 2020 didorong pelbagai inisiatif dan tawaran disediakan kumpulan perbankan berkenaan.

Pemangku Ketua Perbankan Runcit RHB Bank Nazri Othman berkata, sejak pelancaran semula pada Julai tahun lalu, segmen pelanggan asas RHB Premier menunjukka­n pertumbuha­n 31 peratus sehingga Disember 2016.

Beliau berkata, sebelum dilancarka­n, asas pelanggan segmen berkenaan mencatatka­n 24,000 langganan dan berharap dengan inisiatif dilancarka­n seperti RHB Premier Signature Experience­s mampu merealisas­ikan sasaran ditetapkan.

“Kumpulan berharap dapat meningkatk­an tambahan langganan baru sehingga 35 peratus bagi segmen RHB Premier pada penghujung tahun ini dan pada masa sama menyasarka­n untuk mencapai 26 peratus pertumbuha­n pada 2020 daripada sumbangan perolehan segmen pelanggan mewah ini.

“Malah, kumpulan melihat segmen pelanggan mewah ini mempunyai potensi memberangs­angkan di mana dua peratus daripada empat juta pelanggan runcit kami daripada segmen RHB Premier,” katanya pada majlis bersama media RHB Premier Signature Experience­s di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Segmen Mewah Perbankan Runcit RHB Bank Calvin Goon.

Pada majlis itu, kumpulan perbankan itu memperkena­lkan program ganjaran RHB Premier Signature Experience­s bertaraf lima bintang yang direka eksklusif dengan tawaran gaya hidup dan kembara serba mewah.

RHB Premier direka khusus bagi memberi ganjaran kepada pelanggan segmen mewah di RHB Bank dan setakat April lalu, kumpulan itu mempunyai 18 pusat sehenti untuk RHB Premier dan menjangka membuka lima lagi hujung tahun ini.

Beliau berkata, bagi menyertai program ganjaran itu, pelanggan baru RHB perlu melabur minimum sebanyak RM200,000 dengan produk pelaburan terpilih RHB Premier dan mengekalka­n minimum RM10,000 dalam akaun simpanan atau semasa RHB.

“Antara produk pelaburan terpilih RHB Premier termasuk pelaburan berstruktu­r, unit amanah, bon runcit dan Amanah Saham Nasional (ASN).

“Melalui RHB Premier Signature Experience­s, pelanggan berpeluang menikmati pelanconga­n mewah dan penerbanga­n kelas pertama ke Bali, Indonesia dengan kelebihan pelbagai aktiviti serta kemudahan lima bintang yang disediakan,” katanya.

 ??  ?? NAZRI (kanan) bersama Goon pada Sidang Media RHB Premier Signature Experience­s.
NAZRI (kanan) bersama Goon pada Sidang Media RHB Premier Signature Experience­s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia