Harian Metro

Ansuran mudah miliki peranti baru

-

Subang Jaya: Selaras dengan pelancaran Samsung Galaxy S8 dan S8+, Celcom Axiata Berhad (Celcom Axiata) turut bersama-sama menawarkan pelan ansuran menarik melalui Celcom EasyPhone bagi memberi peluang kepada pelanggan memiliki peranti terbaru itu dengan cara lebih mudah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom Axiata Azwan Khan Osman Khan berkata, EasyPhone bersama sebarang langganan pelan Celcom FIRST membolehka­n pelanggan menikmati kecanggiha­n peranti pada harga mampu milik, selain menawarkan pengalaman digital terbaik.

“EasyPhone memberikan peluang kepada pelanggan untuk memiliki peranti mudah alih terbaru Samsung ini pada harga terhebat berbanding pakej lain di pasaran.

“Ini satu daripada inisiatif kami menambah baik pengalaman digital pelanggan sepanjang mereka dihubungka­n dengan rangkaian Celcom Lightning Fast LTE,” katanya pada majlis pengumuman pemilikan Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ melalui pelan Celcom EasyPhone di sini, semalam.

Beliau berkata, menerusi pelan ansuran selama 24 bulan EasyPhone, pelanggan Celcom boleh memiliki Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ pada harga bulanan serendah RM145 dan RM165 yang turut digandingk­an bersama rangkaian Celcom Lightning Fast LTE.

Pada masa sama, katanya, pelanggan diberikan pilihan membuat bayaran tambahan RM30 bagi perlindung­an peranti dengan jumlah bulanan RM175 dan RM195.

Selain itu, menurutnya, pelanggan turut boleh memiliki Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ pada harga RM2,168 dan RM2,498 setiap satu apabila melanggan pelan Celcom FIRST Platinum, manakala dengan langganan pelan Celcom FIRST Gold Plus, Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ boleh dimiliki dengan nilai RM2,478 dan RM 2,808 setiap satu.

Pelanggan juga boleh memilih untuk menaiki UBER secara percuma bagi perkhidmat­an pergi balik ke cawangan Blue Cube terpilih yang berdekatan melalui aplikasi UBER serta menikmati perkhidmat­an Priority Lane bagi membeli Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ mulai hari ini hingga Ahad.

Pelanggan bertuah berpeluang menerima ‘Kotak Misteri’ yang melayakkan mereka memiliki Samsung Galaxy S8 pada harga RM888.

Untuk maklumat lanjut pakej dan pelan ditawarkan Celcom, orang ramai boleh melayari www.celcom.com.my dan www.samsung.com/my/smartphone­s/.

EasyPhone memberi peluang kepada pelanggan untuk memiliki peranti mudah alih terbaru Samsung pada harga terhebat berbanding pakej lain di pasaran”

Azwan Khan Osman Khan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia