Harian Metro

Bayar guna emas

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

„ Laman sesawang PG Mall perluas perniagaan ke luar negara

Dalam usaha mengembang­kan sayap perniagaan­nya ke peringkat antarabang­sa, Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) memperkena­lkan PG Mall iaitu laman sesawang beli-belah dalam talian yang menggunaka­n sistem pembayaran emas atau ‘Gold Payment System’.

Pelancaran PG Mall pada Disember lalu sejajar dengan trend teknologi kewangan (fintech) ketika ini di seluruh dunia untuk menjadikan perkhidmat­an kewangan lebih cekap.

Melalui PG Mall, peniaga boleh meningkatk­an perniagaan mereka ke seluruh dunia dengan cepat dan berkesan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng berkata, menerusi laman sesawang beli-belah PG Mall, pengguna di seluruh dunia boleh membeli-belah menggunaka­n GoldCash sebagai bentuk pembayaran tanpa halangan mata wang.

Beliau berkata, Public Gold menawarkan alternatif kepada usahawan bagi mengekalka­n keuntungan mereka dalam bentuk emas apabila setiap barangan dijual merujuk kepada harga emas di pasaran semasa.

Menurutnya, setiap pem- belian dikira melalui konsep harga satu gram emas bersamaan 100GC (Gold Cash) dan konsep berkenaan mendapat pengiktira­fan hak milik cap dagangan dari Singapura.

“Sejak PG Mall diperkenal­kan pada Disember lalu, lebih 5,000 peniaga mendaftar dengan PG Mall dan kami menyasarka­n lebih 10,000 peniaga mendaftar tahun ini.

“Setiap barangan dijual dengan harga berpatutan dan pelanggan boleh membeli pelbagai barangan dengan mudah.

“PG Mall menawarkan 50,000 produk termasuk kraf tangan, fesyen baju, koleksi kasut, beg tangan dan barangan elektrik dan sebagai tarikan, PG Mall menawarkan diskaun hebat sehingga 80 peratus melalui promosi dalam tempoh tertentu,” katanya.

Katanya, matlamat utama PG Mall ialah mengembang­kan produk keluaran tempatan terutama barangan buatan Malaysia dan kraf tangan yang menjadi lambang kebanggaan negara menyebabka­n PG Mall giat bekerjasam­a dengan persatuan usahawan tempatan.

Ng berkata, antaranya dengan Persatuan Usahawan Internet Malaysia (MIEA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Usahanita dan Persatuan Rangkaian Usahawan Wanita (WENA), sekali gus menyediaka­n peluang kepada usahawan.

 ??  ?? NG menunjukka­n poster PG Mall sebagai tarikan kepada usahawan.
NG menunjukka­n poster PG Mall sebagai tarikan kepada usahawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia