Harian Metro

Wang simpanan takkan lebur

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

„ TH pacu pertumbuha­n pendapatan mampan, berdaya saing demi kepentinga­n pendeposit, jemaah haji

Seiring usianya yang sudah 54 tahun, Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya membuktika­n ia adalah sebuah entiti yang amat matang.

Selain memiliki pengalaman dan kepakaran diiktiraf oleh dunia terutama Arab Saudi, TH juga kini menjadi contoh kepada negara Islam lain dalam pengurusan jemaah haji.

Pencapaian TH sebagai institusi kewangan Islam unggul seumpamany­a di dunia ini amat membanggak­an kerana keunikan serta kemampuann­ya berperanan sebagai penerima deposit, pelabur dan pengurusan operasi haji terus diperakui.

Berdepan pelbagai cabaran semasa dunia seperti kelembapan ekonomi global, penyusutan nilai mata wang, penurunan harga minyak dan sebagainya tidak sesekali mematahkan semangat TH untuk terus memacu pertumbuha­n pendapatan yang mampan serta berdaya saing demi kepentinga­n pendeposit dan jemaah haji.

Ia dibuktikan dengan bilangan pendeposit­nya yang kini melebihi 9.1 juta orang dan jumlah dana simpanan pendeposit terkumpul sehingga 31 Mac 2017 berjumlah RM68.5 bilion.

Pensyarah di Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Aznan Hasan berkata, akaun simpanan TH adalah berlandask­an konsep Al Wadiah Yad Dhamanah iaitu simpanan yang dijamin tetapi tidak menjanjika­n apa-apa pulangan.

Namun, sekiranya ada pulangan, ia diberikan dalam bentuk hadiah yang dipanggil hibah tetapi pemberian itu terletak kepada budi bicara pihak TH dan tiada mana-mana pihak yang boleh memaksa mereka berbuat demikian.

Di samping itu, seperti yang termaktub dalam Sek- syen 24, Akta Tabung Haji 1995, wang simpanan pendeposit 100 peratus dijamin oleh Kerajaan.

Justeru, pendeposit tidak perlu berasa gusar atau risau dengan dakwaan sesetengah pihak mereka akan kehilangan wang simpanan berikutan aktiviti perniagaan atau pelaburan dilakukan TH.

“Ramai dalam kalangan kita tidak jelas mengenai perkara ini. Kita harus memahami bahawa akaun simpanan TH adalah berlandask­an konsep Al Wadiah Yad Dhamanah di mana apa-apa pulangan dalam bentuk hibah atau hadiah tertakluk kepada prestasi kewangan tahunan semasa dan budi bicara pihak TH.

“Pendeposit juga tidak boleh mengharap apa-apa pulangan daripada simpanan mereka itu. Ia bukan satu akaun pelaburan seperti pelaburan unit amanah.

“Secara ringkasnya, menerusi konsep ini, pendeposit menyimpan wangnya di TH dengan matlamat utama untuk ke Makkah bagi menunaikan haji.

“Dan mengikut kontrak ini, TH bersetuju untuk menjaga wang itu dan pendeposit juga memberi keizinan kepada TH untuk menggunaka­n wang mereka bagi tujuan perniagaan, pelaburan dan sebagainya.

“Kesan daripada kebenaran ini, TH dan kerajaan akan menjamin wang yang diletakkan di bawah jagaannya. Selain ia berlandask­an Islam, inilah satu daripada kelebihan apabila kita membuka akaun di TH.

“Dari sudut keuntungan yang diperolehi, ia adalah milik penuh TH. Oleh itu, keuntungan yang diagihkan adalah menurut budi bicara TH termasuk juga memberi pulangan yang berlainan kepada pendeposit,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Penasihat Syariah Kewangan Islam (ASAS) menambah, konsep Al Wadiah Yad Dhamanah bukan sesuatu yang baru kerana ia turut diguna pakai oleh sebahagian besar institusi perbankan Islam lain di Malaysia.

Katanya, amalan pemberian hibah oleh institusi perbankan Islam kepada pendeposit wadiah adalah dibenarkan.

“TH juga bukan melaburkan wang pendeposit­nya dengan sesuka hati tanpa usul periksa. Sudah tentu mereka mempunyai kepakaran dan perancanga­n strategik untuk membantu mereka mengumpul wang bagi mengerjaka­n haji,” katanya.

 ??  ?? JEMAAH haji di Stesen Berlepas sebelum ke Tanah Suci.
JEMAAH haji khusyuk berdoa.
JEMAAH haji di Stesen Berlepas sebelum ke Tanah Suci. JEMAAH haji khusyuk berdoa.
 ??  ?? PENDEPOSIT berurusan di kaunter Tabung Haji.
PENDEPOSIT berurusan di kaunter Tabung Haji.
 ??  ?? DR Aznan
DR Aznan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia