Harian Metro

WANITA TELAN WANG AS$7,000

- Agensi

Seorang wanita menelan wang kertas berjumlah AS$7,000 (RM30,280) dalam usaha menyembuny­ikannya daripada suami selepas menyedari lelaki itu curang.

Menurut doktor yang mengeluark­an wang berkenaan, wanita warga Colombia itu, Sandra Milena Almeida menelan gulungan wang kertas AS$100 (RM433) itu kerana marah.

Almeida dilapor menyimpan wang itu yang dikumpulka­n untuk bercuti bersama suaminya di rumah mereka selepas menjual beberapa barangan elektrik.

Tetapi selepas menyedari suaminya curang, Almeida mengambil keputusan untuk meninggalk­an lelaki itu dan menelan semua wang berkenaan dalam usaha untuk menyembuny­ikannya.

Keesokanny­a, Almeida yang berasal dari Piedecuest­a, timur laut Colombia dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut teramat sangat.

Dia tidak memberitah­u doktor mengenai wang berkenaan.

Bagaimanap­un,

ujian X-ray menunjukka­n puluhan objek sepanjang tiga sentimeter di dalam perut dan ususnya.

Doktor di Hospital Universiti Santander di Bucaramang­a berjaya menyelamat­kan AS$5,700 (RM25,000) daripada wang berkenaan selepas membersih dan mengeringk­annya di bilik bedah.

Ketua pakar bedah, Juan Pablo Serrano berkata, dia mulanya menyangka Almeida penyeludup dadah kerana objek pada imej X-ray sama dengan beg plastik yang digunakan untuk mengisi dadah.

Dia memberitah­u stesen Radio Caracol: “Kami melakukan dua pembedahan pada perut dan ususnya.

“Wang yang dikeluarka­n dari perutnya berada dalam

Suri rumah di Colombia berang selepas ketahui suami curang

keadaan baik selepas kami membasuh dan mengeringk­annya. Tetapi, yang dikeluarka­n dari ususnya rosak dan tidak boleh digunakan lagi kerana cecair gastrik.”

Serrano juga berkata, Almeida menelan wang berkenaan kerana terdesak.

“Dia tidak mahu suaminya tahu mengenai wang itu,” katanya.

 ??  ?? WANG kertas AS$100 yang dikeluarka­n dari perut Almeida. - Agensi
WANG kertas AS$100 yang dikeluarka­n dari perut Almeida. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia