Harian Metro

SEMANGAT LUAR BIASA

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

„ Zhi Quan yakin Hafifi mampu hadiah emas di KL2017

Jurulatih angkat berat Wang Zhi Quan menyifatka­n Hafifi Mansor mempunyai prospek cerah menghadiah­kan emas di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Bagaimanap­un cabaran buat atlet yang akan beraksi dalam kategori 69 kilogram itu tidak mudah kerana akan menerima tentangan sengit atlet Indonesia dan Thailand.

(gambar)

Namun semangat luar biasa ditunjukka­n Hafifi mungkin menjadikan impian itu realiti.

“Cabaran di Sukan Komanwel dan Sukan SEA berbeza. Di Sukan SEA Indonesia, Thailand, Myanmar mempunyai atlet yang hebat.

“Atlet Indonesia dan Thailand pernah memenangi perak dan gangsa di Sukan Olimpik dan atlet yang sama akan beraksi di Sukan SEA.

“Tapi saya lihat semangat Hafifi cukup luar biasa. Dia tahu susah tapi berusaha untuk mendapatka­nnya. Biarpun keadaan kakinya masih sakit kesan daripada pembedahan sebelum ke Olimpik, dia tetap bersemanga­t. Saya hanya boleh tolong apa yang termampu,” katanya.

Zhi Quan berkata, di antara semua atlet angkat berat negara, Hafifi dilihat mempunyai peluang namun beliau tidak mahu menafikan keupayaan atlet lain.

Kali terakhir angkat berat menyumbang­kan emas di Sukan SEA adalah pada tahun 2005 menerusi Che Mod Azrul Che Mat dalam kategori 95kg ke atas.

Pada saingan di Olimpik Rio yang lalu, Hafifi berjaya melakukan angkatan keseluruha­n snatch serta clean & jerk 316kg sekali gus memecahkan rekod kebangsaan 313kg miliknya yang dilakukan pada Kejohanan Dunia di Paris 2011.

Atlet kelahiran Terengganu itu dikatakan tidak berdepan masalah memecahkan rekod miliknya sendiri di Sukan SEA Ogos ini.

Malah Zhi Quan yakin latihan intensif selama sebulan di China akan memantapka­n angkatan Hafifi.

Hafifi bersama seorang lagi atlet negara Muhammad Azroy Hazalwafie dalam kategori 56 kg akan berlepas ke China 25 Mei ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia