Harian Metro

Kejutkan Super KIP

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Pasukan IDEMITSU Honda Team Asia akan mencari jalan penyelesai­an terbaik bagi membolehka­n pelumba Moto2 negara Khairul Idham Pawi (gambar) bangkit meraih keputusan lebih baik pada pusingan keempat Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Sepanyol hujung minggu ini.

Khairul yang mendapat gelaran Super KIP nyata berada di bawah prestasi sebenar selepas tiga pusingan apabila gagal menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik.

Pelumba yang mencipta sejarah memenangi GP Argentina dan Jerman menerusi kategori Moto3 musim lalu, sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-28 pada pusingan pembukaan di Qatar, ke-24 (Argentina) serta ke-25 (Amerika Syarikat) dua minggu lalu.

Melihat kepada prestasi hambar itu, pengurus pasukan Tadayuki Okada menegaskan, mereka akan cuba bantu Khairul sebaik mungkin.

“Ketika di Amerika, dia gagal memperbaik­i masa sepusingan.

“Kami akan cuba membanding­kan data diperoleh ketika ujian pramusim untuk mencari jalan penyelesai­an terbaik baginya,” katanya.

Nasib yang berlaku kepada Khairul jelas berbeza berbanding rakan sepasukann­ya Takaagi Nakagami yang berjaya menaiki podium ketiga di Qatar serta AS.

Mengulas prestasi Nakagami terutama di AS, Okada berkata, rakan sepasukan

„ IDEMITSU Honda cari strategi baru untuk Khairul bangkit cipta keputusan lebih baik

Khairul itu dilihat mempunyai kepantasan yang mampu bersaing dengan kelompok depan.

“Meraih podium kedua selepas tiga pusingan adalah amat baik. Tapi dia belum dapat mencatatka­n kemenangan, jadi kami perlu menyediaka­n jentera lebih baik untuk perlumbaan di Jerez,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia