Harian Metro

Teck Zhi mara mudah

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Pemain perseorang­an lelaki negara, Soo Teck Zhi memberikan persembaha­n terbaik musim ini apabila mara ke separuh akhir Cabaran Antarabang­sa Thailand selepas menumpaska­n

(gambar)

pemain Jepun Kodai Naraoka di suku akhir semalam. Teck Zhi yang juga

bekas juara remaja Asia, memberikan persembaha­n terbaik apabila mencatat kemenangan straight set 21-14, 21-19 di Stadium Tun Jang, Trang.

Menanti Teck Zhi di separuh akhir pemain tuan rumah, Pannawit Thongnuam yang juga pilihan kelima yang menang ke atas Subhankar Dey dari India 21-19, 21-14.

“Perjalanan masih panjang buat dia (Teck Zhi) dan dulu prestasiny­a lebih baik berbanding sekarang tapi kembali menurun. Sekarang dia mencuba lagi dan ini adalah sebahagian dari proses (untuk lebih menyerlah),” kata jurulatih perseorang­an lelaki negara, Hendrawan.

Pemain berusia 22 tahun itu yang turut berada dalam Projek Khas, mengulangi pencapaian di Terbuka New Zealand tahun lalu apabila mara sehingga ke separuh akhir.

Turut mara ke separuh akhir pasangan bebas, Nur Mohd Azriyn Ayub-Jagdish Singh yang mengalahka­n rakan senegara, Aaron Chia-Syazmil Idham Zainal Abidin 12-21, 22-20, 21-11. Menanti mereka satu lagi gandingan Malaysia Lee Jian Yi-Lim Zheng Thin.

Bagaimanap­un, hasrat gandingan baru beregu wanita, Soong Fie Cho-Tee Jing Yi untuk ke separuh akhir tidak kesampaian apabila tumpas kepada Misato Aratama Akane Watanabe dari Jepun 17-21, 21-14, 15-21, manakala pasangan muda, Pearly Koong-Toh Ee Wei kalah kepada Nami Matsuyama-Chiharu Shida 14-21, 14-21.

Nasib sama turut berlaku kepada perseorang­an wanita, S Kisona yang kalah kepada Asuka Takahashi (Jepun) 11-21, 18-21 manakala beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Peck Yen Wei kecundang di tangan gandingan Singapura Danny Bawa Chrisnanta-Crystal Wong 19-21, 13-21.

„ Tewaskan Naraoka untuk mara separuh akhir

 ??  ?? NARAOKA
NARAOKA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia