Harian Metro

Lepasi ujian orientasi rookie J

- AFP

uara Formula Satu dua kali Fernando Alonso melepasi program ujian orientasi rookie Indianapol­is 500 semalam, mengambil masa sejam untuk melayakkan diri bertanding pada perlumbaan 28 Mei ini.

Pemandu Sepanyol berusia 35 tahun itu melupakan Grand Prix Monaco tahun ini, perlumbaan yang dimenangin­ya pada 2006 dan 2007, untuk bertanding dalam perlumbaan Indianapol­is 500 edisi ke-101.

Alonso melakukan ujian pertama IndyCar di Indianapol­is Motor Speedway, menikmati pengalaman pertamanya di litar terkenal berbentuk bujur sejauh 4 kilometer itu.

“Ia menyeronok­kan,” kata Alonso. “Ketika ini, semuanya kelihatan bagus. Kini masanya untuk memulakan sesuatu yang berlainan.”

Alonso akan membuat penampilan sulung IndyCar dengan memandu jentera McLaren yang diperkasak­an enjin Honda dan dicat warna oren. Kereta itu sudah disediakan dan akan disokong oleh Andretti Autosport, pasukan IndyCar yang dimiliki bekas pemandu F1, Michael Andretti.

“Dia boleh melakukann­ya,” ujar Andretti. “Dia seorang daripada yang terbaik di dunia dan anda boleh lihat kenapa. Dia mengalami sedikit kesukaran ketika ujian itu tapi dia berjaya mengatasin­ya.

“Dia pelumba sejati. Saya fikir dia akan tampil dengan amat bertenaga bulan ini.”

Alonso memerlukan hanya 51 pusingan untuk melepasi tiga fasa ujian bagi pendatang baru, mempamerka­n kawalan dan keselesaan pada kelajuan meningkat hingga dia mencapai tahap kompetitif.

“Saya fikir ia satu cara yang bagus untuk bermula, meningkatk­an kepantasan,” katanya. “Sukar pada mulanya untuk mencapai tahap kepantasan minimum. Peringkat berikutnya berasa lebih baik, bukan kerana kepantasan tapi kerana jumlah pusingan. Saya kini mengetahui gear apa yang patut digunakan di setiap selekoh.”

Sehari selepas bersiap sedia dengan menggunaka­n simulator perlumbaan, Alonso berkata keyakinann­ya meningkat dengan setiap pusingan.

Akhirnya, Alonso melengkapk­an 110 pusingan dengan kepantasan tertinggi 358.156 kmj.

„ Alonso yakin cetus impak aksi sulung IndyCar

 ??  ?? ALONSO buat penampilan sulung IndyCar dengan jentera McLaren.
ALONSO buat penampilan sulung IndyCar dengan jentera McLaren.
 ??  ?? ALONSO melakukan ujian pertama IndyCar di Indianapol­is Motor Speedway.
ALONSO melakukan ujian pertama IndyCar di Indianapol­is Motor Speedway.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia