Harian Metro

Misi sentap Chelsea

- AFP

„ Tottenham mahu lihat lawannya resah hujung minggu ini

Harry Kane menegaskan Tottenham bercadang membuatkan Chelsea gelisah hujung minggu ini ketika pasukannya yang mengejar kejuaraan cuba menekan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu dengan kemenangan menentang West Ham, awal pagi esok.

Ketika Chelsea tidak beraksi hinggalah awal pagi Selasa depan bertemu Middlesbro­ugh, pasukan tangga kedua kendalian Mauricio Pochettino boleh merapatkan jurang kepada satu mata jika mereka menumpaska­n Hammers di Stadium London.

Tottenham sedar mengenai kesan akibat jadual selepas mereka secara kerap mengekori Leicester hujung musim lalu sebelum akhirnya merudum sekali gus memberikan kejuaraan kepada Foxes.

Setakat ini, mereka berjaya menangani kebimbanga­n bermain selepas Chelsea, bertindak balas terhadap kemenangan pendahulu itu dengan mengalahka­n Crystal Palace dan Arsenal dalam dua aksi terakhir.

Hujung minggu ini, Kane dan rakan sepasukann­ya, yang menang sembilan perlawanan terakhir liga, beraksi lebih awal dan penyerang Tottenham itu berazam menggunaka­n kesempatan untuk menekan Blues.

“Kami perlu menamatkan­nya dengan bergaya. Kami ada satu lagi perlawanan malam Jumaat ini (awal pagi esok) dan bagus juga bermain lebih dulu,” kata Kane.

“Harapnya kami boleh merapatkan jurang kepada satu mata dan kemudian lihat apa yang akan berlaku.

“Kami tahu apa rasanya apabila Leicester bermain sebelum kami tahun lalu malah hari ini, bagus bermain lebih awal dan menekan mereka.

“Ia satu perlawanan sukar di tempat lawan tapi harapnya kami boleh menang, memberi tekanan dan hanya tunggu dan lihat.” Chelsea mengekalka­n pe- nguasaan mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas Everton di gelanggang lawan Ahad lalu sebelum Tottenham menewaskan Arsenal 2-0.

Sepakan penalti Kane membantu kejayaan pada pertembung­an jiran setempat utara London terakhir diadakan di White Hart Lane.

 ??  ?? KANE (kiri) harap rapat jurang mata tewaskan West Ham. PEMAIN Chelsea Pedro (kanan) meraikan kejayaan menjaringk­an gol bersama rakan sepasukan ketika bertemu Everton, minggu lalu.
KANE (kiri) harap rapat jurang mata tewaskan West Ham. PEMAIN Chelsea Pedro (kanan) meraikan kejayaan menjaringk­an gol bersama rakan sepasukan ketika bertemu Everton, minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia