Harian Metro

HIGUAIN ROBEK IMPIAN MONACO

- AFP

„ Dua gol penyerang itu bantu Juventus hampiri final Liga Juara-Juara

Monaco

Wira dua gol Gonzalo Higuain meminta rakan sepasukan Juventus supaya berpijak di bumi nyata selepas kemenangan menakjubka­n 2-0 di AS Monaco awal pagi semalam menyebabka­n mereka semakin menghampir­i final Liga Juara-Juara.

Penyerang Argentina, Higuain menerima umpanan Dani Alves sebelum membuka tirai jaringan pada minit ke-29 dan kemudian menampan masuk hantaran lintang Alves sebelum sejam ketika Juve meraih apa yang dilihat sebagai kemenangan penting pada separuh akhir pertama di Stade Louis II.

Juara Itali itu mengintai final di Cardiff pada 3 Jun depan, dengan pertembung­an menentang juara bertahan Real Madrid, bekas pasukan Higuain, satu kemungkina­n.

“Impian kami untuk ke Cardiff bermula sejak Ogos lalu dan kini kami hanya selangkah lagi,” kata Higuain.

Dia kini mengumpul 31 gol musim ini berikutan perpindaha­n bernilai 90 juta euro (RM426 juta) dari Napoli, membantu Juve menghampir­i kemungkina­n meraih tiga piala semusim.

Higuain, yang menamatkan kemarau gol dalam tujuh perlawanan peringkat kalah mati Liga Juara-Juara berkata: “Kami belum menang apa-apa lagi, jadi kami tidak boleh terlalu terbawa-bawa. Saya sering kali tenang. Saya tahu setiap orang yakin dengan keupayaan saya dan kerja keras selalu berbaloi akhirnya.”

Juventus menguasai segenap bahagian menentang Monaco yang memukau Eropah musim ini dengan corak serangan mereka. Selain Higuain, Juve turut berterima kasih dengan kecemerlan­gan penjaga gol veteran, Gianluigi Buffon.

“Gigi membuktika­n dia masih seorang penjaga gol hebat. Dia sering melakukann­ya dalam perlawanan besar dan Higuain menyumbat dua gol menarik. Tapi untuk meraih keputusan ini setiap orang perlu bekerja keras,” ujar jurulatih Juve, Massimilia­no Allegri.

Juventus boleh melengkapk­an rekod enam kejuaraan Serie A berturut-turut hujung minggu ini apabila mereka berdepan jiran setempat Torino manakala Lazio menanti pada final Piala Itali.

“Mereka lebih klinikal berbanding kami dengan dua atau tiga peluang mereka menyumbat gol dan kami gagal menyempurn­akan satu pun peluang kami. Buffon juga melakukan beberapa tindakan penyelamat menakjubka­n,” kata jurulatih Monaco, Leonardo Jardim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia